Salah satu kos utama apabila kita melancong ialah makanan. Semasa di Indonesia kami sering makan diwarung kerana makanan di hotel teramat mahal.
Tetapi di Indonesia makan di restoran makanan halal memang cukup mahal. Bayangkan kami berlima makan nasi goreng dengan kopi Vietnam kami terpaksa bayar RM120.
Air mineral juga amat mahal dimana kakak aku beli 5 botol air mineral kena bayar RM50. Memang kos makanan di Vietnam untuk pelancong Malaysia cukup mendebarkan.
Makanan halal di Vietnam kebanyakkan semua berpusat di Kampung Melayu. Ramai rakyat Malaysia menginap disini. Memang tak dapat disangkal harganya memang mahal tetapi tak sangka ia cukup mahal.
Nasib baik untuk 3 hari perjalanan kami, makan tengahari termasuk dalam pakej kami. Kalau tak sekali makan kena beratus ringgit. Kopak poket kau hanya untuk makan sahaja.
Nasib baik semasa kami datang kesini, rakan- rakan beritahu bawa makanan segera. Bini aku packing maggi cup, biskut, roti dan minuman 3 in 1. Sekurangnya kami dapat kurangkan kos makanan kami.
Untuk sesiapa mahu melancong ke Vietnam, aku cadangkan kau orang bawa makanan sendiri. Bukannya kedekut tapi at least satu hari makan kedai cukup ler. Selebihnya sarapan hotel sediakan dan makan malam kita makan luar. Makan tengahari makan maggi....hahahhaa.
Selain itu untuk kudapan di Kampung Melayu ada jual kebab vietnam yang naik motor. Satu kebab dalam harga RM4 hingga RM6. Berbaloi untuk kos makan.
Bayangkan kalau 4 hari kau lepak di Vietnam, kau belanja lebih kurang RM600 untuk makan 5 orang. Giler kot..perabih makan untuk sejumlah wang ini.
Walaupun mahal tapi jangan lupa makan kuih bingka dengan harga sekeping RM4 dan minum kopi Vietnam. Itu adalah makanan popular Vietnam yang wajib kau makan.
Kuih Bingka dia memang sedap dan kalau nak beli setalam harganya RM40. Kau orang jangan risau kat sini duit Malaysia diterima.
Tapi bila fikirkan, kau perabih beribu untuk shopping tak kisah kan...ahaks.
Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam