Akhirnya kami tiba di Vietnam bersama 2 orang kakakku, isteri dan mak aku. Dan hanya aku seorang lelaki dalam kumpulan ni..hihihihi.
Flight kami pada pukul 6.55am dan tiba pada 9.00am. Dan jika ikut waktu Vietnam, kami tiba pada pukul 8.00am.
Setibanya kami di lapangan terbang Ho Chi Minh, kami disambut oleh pemandu pelancong kami iaitu Ismail. Dan kami terus menuju perancangan perjalanan kami.
Tempat pertama kami pergi ialah ke Muzium Perang Vietnam. Dalam muzium ini ia menunjukkan perjalanan cerita peperangan Vietnam yang panjang iaitu antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan yang dibantu oleh tentera Amerika.
Mengerikan juga melihat gambar- gambar yang ditunjukkan. Malahan kami juga ngeri melihat tempat seksaan pada tentera atau orang awam.
Setelah habis di Muzium Perang Vietnam, kami menuju ke Pejabat Pos Vietnam tapi bukan hendak melihat senibina bangunan tersebut.
Senibina Pejabat Pos Vietnam ini merupakan senibina Perancis awal 18an. Memang awesome melihat senibina yang menakjubkan.
Dalam bangunan tersebut terletak potrait pemimpin agung mereka Ho Chi Minh dan senireka bentuk.dalaman pun hebat.
Memang cantik rekabentuk Pejabat Pos Vietnam ini. Cuma aku tak beli setem dan souvenir di sana.
Kemudian kami pergi ke Opera House Of Vietnam untuk melihat rekabentuknya. Hari ini kami hanya menikmati bangunan sahaja...hehehehe.
Sampai di Opera House kami hanya melihat bahagian luaran sahaja sebab kami tidak dibenarkan masuk.
Selepas itu, berdekatan Opera House kami melintas jalanraya dan pergi Dataran Ho Chi Minh dimana patung besar untuk memperingati tokoh agung ni.
Kawasan atau dataran ini amat luas dan sesuai untuk bersantai dan ambil gambar.
Kalau nak lepak pun sesuai.
Dan selepas melawat 3 kawasan ini, tiba masa untuk makan. Kami dibawa ke Kampung Melayu dan makan makanan yang disediakan.Makanan tengahari termasuk dalam pakej peribadi kami.
Makanan yang disediakan adalah makanan selera Malaysia. Tetapi makanan wajib kamu makan ialah kuih Bingka dan kopi Vietnam.
Memang terbaik.
Setelah selesai kami pun pulang ke hotel. Kami agak penat sebab dari semalam tak tidur. Hotel kami memang jauh dari Kampung Melayu atau pasar Ben Than.
Memang merugikan duduk kat hotel ini yang terletak sorok kat belakang. Dan sunyi sangat waktu malam. Takut pun ada. Gambar hotel tidak ada, sebab aku nak tulis spesial artikel tentang hotel ini..hehehehe
Malam kami keluar dan pergi ke pasar malam berdekatan Ben Than dengan menaiki Grab. Bayaran yang dikenakan ialah 30 ribu Dong.
Memang happening kawasan ini. Penuh dengan orang Malaysia dan barangan di sini boleh ditawar. Tujuan kami hendak survey harga sebelum pergi membeli belah esok.
Walau bagaimana pun, kami terbeli beberapa barangan dan kami pulang ke hotel seram kami menaiki Grab...hehehe. Esok nak kena bangun awal sebab dah janji dengan pemandu pelancong kami ke Sungai Mekong.
Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam