Perjalanan hari ketiga kami ialah ke Nusa Dua spesifik untuk melihat Water Blow., dimana terdapat satu kawasan bernama Water Blow. Ianya bermakna ombak yang menghempas batu kat sana dan buat ombak itu lagi tinggi. Itu namanya Water Blow.
Pada masa kami pergi ombaknya tidak setinggi mana sebab bulan ni, ombak tak tinggi sangat. Dalam perjalanan berjalan kaki ke sana anda akan melintasi patung gergasi yang besar. Wajib ambil gambar yek...hahahaha.
Kemudian kami ke Water Blow, dapat ler lihat sedikit ombak menghempas batu kat sana. Menurut pemandu pelancong kami, kalau kami bernasib baik boleh melihat percikan air setinggi kelapa.
Itulah percikan paling tinggi kami dapt lihat...hehehehehe. |
Setelah kami melawat Water Blow, kami berjalan kaki meninggalkan tempat tersebut dan singgah satu teluk kecil. Memang cantik teluk tu. Apa lagi bergambar ler disana.
Selain itu disana pun ada pantai kecil, kalau nak mandi dan lepak-lepak boleh juga. Nusa Dua merupakan tempat lepak untuk warga Bali semasa cuti atau hari minggu kerana ia terletak di pusat bandar.
Teluk yang cantik |
Pantai yang bersih |
Sila baca : Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam