Pura Tirtha Empul Bali - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Selasa, 24 April 2018

Pura Tirtha Empul Bali

Pura Tirtha Empul Bali
Pura Tirtha Empul merupakan lokasi kuil yang kami kunjungi pada hari kedua. Kami bernasib baik kerana pada masa ini semua kuil ada acara sembahyang. Ada peluang melihat aktiviti ini.

Tiket masuk.seorang ialah RP15K dan tiga orang kena RP45K. Nak masuk ke kuil ini kena kena pakai sarung sebagai tanda hormat masuk ke kuil.

Pura Tirtha Empul Bali
Rata-ratanya di Bali setiap kali ada upacara sembahyang besar, tidak kira lelaki atau perempuan akan memakai pakaian tradsional mereka.

Yang menariknya si wanita boleh membawa barangan di kepala. Tak jatuh pula...hehehehe.

Kelebihan di Pura Tirtha Empul Bali ia mempunyai satu kawasan kolah air untuk pengunjung pasang niat dengan mandi disana. Ramai Mat Saleh yang mandi disana.

Kawasan Pura Tirtha Empul Bali ini tak begitu besar sangat dan disebabkan ada upacara agama, ia agak sesak dengan penganut agama di sana.

Tapi aku boleh melihat suasana muzik serta persediaan yang dilakukan disana. Muzik serta alat persembahan sembahyang memang unik.

Dalam perjalanan keluar, kita akan lalui sebuah kolam yang penuh dengan ikan koi yang besar-besar. Besar betul ikan kat sana.
Pura Tirtha Empul Bali
Pura Tirtha Empul Bali
Pura Tirtha Empul Bali
Pura Tirtha Empul Bali


Sila baca :
Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan