Kopi Luwak Bali - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Rabu, 2 Mei 2018

Kopi Luwak Bali


Rasnya semua orang kenal atau pernah dengar apa itu kopi luwak kan. Ianya sejenis kopi yang dimakan oleh sejenis musang bernama Luwak dan kemudian ia mengeluarkan najis dan dari najis itu ada biji kopi  dan itulah namanya Kopi Luwak.

Ramai yang mengatakan kopi Luwak ini tak halal di makan kerana ia bersifat najis. Disana kami telah dijelaskan dengan teliti oleh pemilik kopi luwak disana.

Sebenarnya kopi ini memang dimakan oleh musang luwak ini tetapi ia hanya makan kulitnya sahaja, Setelah ia mengeluarkan najis, ia akan dikutip oleh pekerja kopi dan dibasuh dengan teliti. Apa yang menyebabkan ia boleh diminum ialah, biji kopi yang dimakan oleh musang ini diluarnya ada salutan lain. Pekerja kopi akan memecahkan salutan tersebut untuk mengeluarkan biji kopi tersebut.Biji kopi itu langsung tidak tercemar dengan najis tersebut.

Barulah aku faham. Sebentar aku download gambar ini.
Kopi Luwak Bali
Ini adalah najis kopi yang dikeluarkan oleh Musang Luwak

Kopi Luwak Bali
Biji kopi yang telah dibersihan

Kopi Luwak Bali
Lapisan dalam biji kopi setelah dikopek

Kopi Luwak Bali
lepas tu ia akan digoreng oleh makcik cun ni..hahaha
Setelah mendapat penrangan yang jelas dari pemilik kpoi luwak ini. Kami dibawa ke meja minum ler, untuk merasa kopi luwak tu. Secawan adalah RP60K. Ian dibancuh oleh pekrjanya depan kami sendiri. Selepas digoreng ia akan dikisar halus untuk pembuatan kopi luwak.

Kopi Luwak Bali
Bancuhan kopi Luwak

Kopi Luwak Bali
Sodapnya


Kopi Luwak Bali
Tambahan menu kuih muih

Selain itu ia juga ada mejual pelbagai kopi seperti perasa pandan, rosalle dan lain-lain ler.
Setelah minum kami pergi ambil gambar ditempat yang disediakan dan mahu takmahu kena beli kopi luwak. Pekerja dia ini memang fasih bercakap, terpaksa beli ler...hahaha.

Kami beli 10 bancuhan kopi luwak dengan harga RP300K dan coklat oren serta kopi Rosalle. semua berharga RP700K.


Kopi Luwak Bali

Kopi Luwak Bali






Sila baca : Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan