Hari Kedua Di Bali 2017 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Selasa, 17 April 2018

Hari Kedua Di Bali 2017


Hari Kedua Di Bali  2017
Seawal pukul 6.45am kami dah bangun. Mandi-mandi dan pergi sarapan BBQ kat hotel. Kena bayar sorang RP115k sorang. Rupanya aku lupa nak minta breakfast untuk menginap di hotel. Makanan memang banyak tapi not my taste, rugi pula bayar.

Dalam pukul 8.50am, kami tunggu di luar lobby menunggu driver kami Alif. Tepat 9.00am beliau dah tiba. Hari ini bermulalah perjalanan kami ke Bali.

Hari ini kami pergi sebanyak enam kawasan pelancongan. 

Tempat pertama ialah YanYan Silver iaitu tempat menjual kraftangan perak. Banyak hasil kraftangan perak yang dijual disini. Tapi kalau nak bandingkan harga di Malaysia ianya lebih murah. So isteri aku terbeli cincin Silver berharga RP200K. Cantik cincin tu bila pakai, berkenan aku lak...hahaha.

Hari Kedua Di Bali  2017

Tempat kedua ialah daerah pelukis kraftangan di Ubud. Ini memang feveret bini aku ni. Pemilik disana terangkan semua jenis lukisan daripada pemandangan kepada abstrak.

Aku kena akui lukisan disana memang cantik. Lukisan tangan dan warna yang cantik. Kalau orang tak pandai macam aku ni pun terpikat, yang pandai mesti tergila... Kami beli 2 buah lukisan kecik setelah tawar menawar dengan harga RP500K.

Sebenarny anak beli satu sahaja tapi mamat pelukis kat sana follow aku dan wife ke hulu ke hilir. Mahu tak mahu kena beli juga. Nasib baik kami beli, memang ada kualiti lukisan ini.
Hari Kedua Di Bali  2017

Tempat ketiga ialah di Pura Tirtha Empul iaitu kuil Hindu. Kalau nak masuk sana kena pakai sarung sebagai tanda hormat. Tiket masuk sorang ialah 15K.

Dan kami bernasib baik kerana masa kami ke sana ada upacara keagamaan sedang dijalankan. Kami ambil kesempatan ambil gambar dan video.

Di kawasan ini terdapat kolah suci yang popular dan biasanya pelancong akan mandi disana.


Hari Kedua Di Bali  2017

Tempat keempat kami pula ialah ke Bali Coffee Luwak. Tempat ini salah satu kegemaran aku iaitu biji kopi yang dimakan oleh binatang namanya Luwak dan najisnya akan keluarkan biji kopi tersebut.

Disana kami diterangkan tentang proses kopi luwak ini dilakukan. Dan melalui penerangan mereka, kopi ini boleh diminum dan halal.

Kami mencuba minum kopi luwak ini dengan harga RP60K secawan. Yang spesialnya ialah ia bancuh didepan kami. Aku ada ambil videonya.

Kami beli kopi luwak untuk 10 hidangan dengan harga RP300K dan juga jus Rosalle dan coklat. Total membeli belah di sana kami kena RP700K. Aku bayar  duit Malaysia sebab takut rupiah habis lak.
Hari Kedua Di Bali  2017

Tempat kelima kami pergi ialah ke Gunung Batur. Melihat tinggalan Gunung berapi melalui restoran halal. Kena makan di sana baru boleh ambil gambar. Kos sorang ialah RP130K makan buffer. 

Kami makan sikit lebih kurang ajer sebab perut bukan lapar sangat... sempat kebas limau masuk dalam bag.

Memang cantik gunung tersebut dan ada tasik disebelahnya. Kawasan tempat kami makan ni memang ngam ambil gambar.
Hari Kedua Di Bali  2017

Tempat keenam dan terakhir ialah ke Teras Sawah Tegalalang iaitu dereten sawah padi berteres. Jika dilihat sekali pandang memang nyaman dan indah. Dua kali pandang kau jatuh cinta..hehehe.

Disebabkan ia berteres maka anda kena turun dan naik melalui tangga batu yang disediakan. Aku memang tak cuba sampai ke bawah sebab aku tak larat nak naik dan turun tangga. Aku ambil gambar separuh jer..hehehehehe.
Hari Kedua Di Bali  2017

Itulah 6 kawasan yang kami pergi dan detailed setiap kawasan ini akan diterangkan melalui artikel blog ini. Tak larat nak tulis ler..sampai sini tadi pun pukul 6.30pm. Lepas mandi bikin air teh dan terus menulis artikel ini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan