Sepanjang berada di Bali. Salah satu kepuasan yang kami rasai ialah mencuba beberapa makanan istimew Bali. Bukannya makanan khas atau tradisional Bali iaitu Babi Guling...hahahaha.
Kebanyakan makanan yang kami cuba boleh dikatakan dari masakan Jawa kerana kebanyakkan makanan halal dari Jawa dan pemandu pelancong kami pun dari jawa.
Boleh baca makanan lain: Ayam Pedas dan Ayam Bakar Bali
Makanan terakhir sebelum kami balik tadi ialah kami makan Ayam Tulang Lunak. Ianya dikatakan mempunyai pelbagai masakan ayam tetapi semuanya lembut.
Kami makan telur tauhu, tempe pedas, ayam presto telur asin dan ayam crispy pedas. Minum air durian Belanda, Tembikai dan Oren.
Setiap ayam yang kami ambil ialah setengah ekor. Total 1 ekor ayam tetapi di dimasak 2 jenis masakan.
Ayam tersedap ialah ayam presto telur asin. Ianya rangup dan disalut dengan telur asin. Ingatkan masin tapi rasanya memang best jika ayam goreng di salut dengan telur asin. Serius..!!!
Aku ni gila tempe sebenarnya, masakan tempenya yang di salut dengan sambal pun sodap. Aku hampir menghabiskan kesemua tempe tersebut.
Nak ambil gambar makanan pun hampir lupa. Tapi ada ler sedikit contoh makanan yang kami makan tadi..hahaha. Teruk aku ni kan...
Total makan 3 orang tadi kami kena bayar RP485K. Memang mahal tapi berbaloi..