Hari Keempat Di Bali 2017

Hari Keempat Di Bali 2017

Seperti biasa bangun seawal 6.45am, mandi-mandi. Pukul 8.00am kami turun ke lobby dan sarapan di kedai berhadapan hotel kami.

Pagi-pagi dah makan nasi dan telur dan daging serta kopi susu. Makan 3 orang kena RP65K. Murah bangat berbanding makan di hotel..hahahaha.

Hari Keempat Di Bali 2017
Nampak tak baju sedondon, merah menyala lagi. Menampakkan perut aku ..huhuhu
Lepas tu pukul 9.00am, pemandu pelancong kami dah siap menunggu. Tempat pertama kami pergi ialah ke Pantai Kuta.

Pantai Kuta seperti pantai yang lain-lain. Aktiviti main surfing dan banyak mat saleh.
Bandar Kuta ini memang cantik kerana ia mempunyai banyak hotel dan kedai-kedai tepi jalan yang menjual souvenier. 

Kami lepak sekejap sahaja di Kuta dan kemudian destinasi kedua kami ialah Tanah Lot.

Hari Keempat Di Bali 2017

Hari Keempat Di Bali 2017
Tanah Lot merupakan kawasan pelancongan yang popular di Bali. Tanah Lot merupakan kuil yang terletak di pinggir laut. Nak masuk kena bayar RP20K seorang.

Ramai betul orang kat sana..sesak juga nak ambil gambar. Tapi nasib baik pemandu pelancong kami ni rajin ambilkan gambar.

Memang cantik kawasan Tanah Lot. Cuma kami tak boleh pergi ke kuil tersebut sebab air pasang. Kalau air tak pasang, , boleh jalan kaki rentas pantai ke sana.

Hari Keempat Di Bali 2017
Selepas itu kami membeli belah lagi. Kali ini kami singgaj di Pusat Ole-Ole Krishna. Ada beberapa barangan yang kami lupa beli. Singgah di pusat ole-ole Krishna. Perabih RP300K lagi untuk hadiah. Waduh...

Setelah satu jam disana dan perabihkan duit. Perut sudah lapar dan kami makan di Warung Kampung Pedas.

Hari Keempat Di Bali 2017
Hari Keempat Di Bali 2017
Salah satu kedai makan halal yang popular di Bali. Kami makan masakan istimewa mereka iaitu ayam pedas, sate ikan tuna dan air jus oren.

Masakannya memang sedap dan pedas. Aku dan isteri aku tambah air lagi iaitu air tembikai nak legakan kepedasannya...hahaha.

Tapi kalau nak makan sana boleh tahan juga mahalnya. Tiga orang makan kami kena RP500K.
Untuk aku ok ler sebab masakannya sedap.

Selepas makan, kami pergi pantai yang baru buka iaitu Pantai Malasti. Nak masuk kena bayar RP10K.

Hari Keempat Di Bali 2017

Pantai Malasti dalam proses pembinaan dan keunikannya ialah pantai ini mempunyai batu karang yang cantik.

Memang cantik pemandangan kat pantai ini. Kalau nak mandi tak sesuai sangat tapi kalau nak ambil gambar memang maveles. Masa aku kat sana pun, aku nampak 3 pasangan pengantin sedang ambil gambar.


Hari Keempat Di Bali 2017
Gaya Laksamana...hahahaha
Selepas disana kami menuju ke Pura Uluwatu. Kawasan suci agama Hindu. Memang cantik Uluwatu yang terletak diatas bukit. Kena daki tangga kalau nak ke Uluwatu. Tapi tak penat sangat ler.

Kelebihan Uluwatu ini ialah letaknya diatas bukit dan bawahnya ada teluk laut yang cantik. Laluan di sepanjang jalan tu dibuat macam seakan-akan jalan tembok besar china.

Hari Keempat Di Bali 2017
Selepas pusing-pusing di Uluwatu, kami beli tiket untuk melihat tarian Kecak. Tarian tentang sejarah Ramayana. Harga tiket untuk melihat tarian Kecak ini ialah RP100K. 

Lokasi untuk melihat tarian Kecak ini ialah ia dibina atas bukit di Uluwatu. Ia buat satu stadium tempat duduk dan ditengah-tengah tarian Kecak dilakukan.

Aku memang kagum dengan tarian Kecak ini. Memang best sangat. Tak rugi bayar RP100K.
Ia bermula pada pukul 6.00pm dan habis dalam pukul 7.15pm.

Hari ini lewat kami pulang ke hotel. Cuaca pula syukur alhamdulilah amat nyaman. Semua perancangan berjalan lancar.

Hari Keempat Di Bali 2017



Catat Ulasan