Persinggahan salah satu terbaik ialah Gunung Batur. Aku rasa kalau anda ke Bali wajib pergi kesana dan ia juga satu perjalanan ke Sawah Teres Bali.
Untuk melihat keindahan Gunung Batur dari jauh anda mesti membayar RP100K++ seorang. Bukan kos untuk melihat Gunung Batur Bali ini tetapi kos makanan di sana.
Restoran ini adalah restoran halal yang mengadap Gunung Batur Bali. Sambil makan anda berhadapan dengan landskap Gunung Batur Bali.
Itulah kos yang sebenarnya. Bagus juga sebab perut tengah lapar dan kami boleh ambil gambar keindahan gunung ini.
Tempat makan dia pula, anda boleh makan di tebing bukit yang disediakan kerusi dan meja sambil menikmati angin sejuk kerana kita atas gunung.
Kami lepak dalam 2 jam sambil makan dan ambil gambar. Memang tak terasa masa berlalu kerana makanan yang disediakan buffer, so boleh makan banyak kali. Sempat kebas limau sembunyikan dalam beg...hehehehehe.
Pekerja di sana pun bagus, siap offer ambilkan gambar kami dengan senyuman.
Gunung Batur ini adalah bekas dari letusan gunung berapi yang kuat hingga ada tasik terbentuk dari letusan tersebut. Tasik ini di himpit oleh 2 gunung akibat tebelah dari letupan gunung berapi.
Aku rasa pergi ke Gunung Batur adalah perjalanan kami yang paling tenang. Cuaca sejuk dan nyaman serta landskap gunung yang cantik memberi ketenangan yang maksima.