secara amnya.
Tapi ramai tidak tahu kos-kos harian, bulanan dan tahunan yang harus anda perhalusi sebelum membuka homestay sendiri terutama tahun 2026 ini.
Pertama harga sewaan harian yang sesuai. Perniagaan homestay ini terutama di Melaka bagai cendewan selepas hujan.
Ramai yang buang harga gila-gila dan ini membebankan ramai peniaga homestay dari segi margin untung.
Sebagai contoh, dahulu sebuah rumah dengan 4 bilik dan siap swimming pool boleh cecah RM1800 sehari bukan waktu peak time dan pada demi tahun kami melihat harga jatuh hingga RM700 sehari.
Ramai pengusaha homestay ubah strategi dengan pecahkan waktu hari biasa, Weekend dan Cuti Umum dengan harga yang berbeza.
Sebab tu sebelum anda memulakan homestay, survey harga homestay sekitar kawasan anda.
Kedua ialah kos harian dimana anda harus mengupah pembersih untuk bersihkan homestay anda.
Biasanya 2 kali kemas iaitu sebelum dan selepas pelanggan anda masuk. Dan ikut rate Melaka ialah RM150 sekali Lucian. Ini bermakna RM300 terbang setiap kali pelanggan anda keluar.
Kalau pelanggan anda menginap satu hari maka untung ciput ler Dan biasanya kalau satu hari, kami buat sendiri sahaja untuk elak margin untung rendah sangat.
Ketiga ialah kos air dan elektrik yang harus anda bayar setiap bulan. Sekarang ni semua pelanggan nak penghawa dingin dan ianya wajib ada untuk homestay pada tahun 2026 ni.
Mungkin kos air tak mahal sangat ler kecuali ada swimming pool kot.
Tapi yang penting setiap sewaan anda harus asingkan wang untuk kos wajib ini.
Keempat yang selalu owner homestay lupa ialah selenggara tahunan dan tiba-tiba. Sebagai contoh kadangkala hos air patah atau pemanas air rosak adalah perkara biasa berlaku. Ini adalah kos-kos yang anda harus sediakan dan jika tiada apa-apa kerosakan, syukur hamdulilah.
Kos tahunan/ dwi tahunan ialah mengecat rumah, rumput panjang, selenggara swimming pool dan sebagainya. Inilah kelemahan utama owner terutama keadaan fizikal rumah makin lama makin buruk dengan cat terkopek2, kerusi bergoyangn̈, microwave kotor, bilik air berdaki itu semua harus di kemas kini seperti mana mula2 anda buat homestay. Kos ini agak mahal ler tapi bukan tiap bulan. Mungkin setahun sekali atau 2 tahun sekali.
Selain itu ialah penambahbaikan harus dilakukan seperti saya katakan perniagaan homestay ni adalah bisnis yang sangat bersaing kini.
Sebagai contoh mesin basuh upgrade auto, dulu tak der WiFi kena masukkan WiFi, meja makan kena tukar kalau dah bergoyang2 dan sebagainya.
Inilah kos homestay yang wajib anda ketahui. Anda bernasib baik jika dapat pelanggan yang bersih dan jika dapat pengotor lagi stress