Saya membuat kesilapan apabila membuat konten ke Tik Tok saya tidak menjangka bahawa terdapat banyak mesej bertanya di TIK TOK berkenaan Homestay Bonda Banda Hilir Melaka.
Saya menjangkakan dengan follower hanya 22 orang takkan ada yang hendak mesej saya maka saya tida menumpukan sangat pada Tik Tok ini. Tik Tok ini hanya saya buka apabila ada konten terbaru sahaja dan terkejut apabila tadi buka terdapat 20 mesej yang masuk termasuk bulan ini.
Ini bererti saya kehilangan 20 peluang perniagaan untuk Homestau kami ni.
Maaf pada semua yang saya tidak membalas mesej dan kesalahan ini berpunca dari saya sendiri. Maaf... Dan pelajaran di sini ialah jumlah follower bukan menentukan bisnis anda tetapi konten yang berterusan d sosial media pasti akan datangkan hasil tak kira jumlah follower anda.