@thereportermy Terkedu tengok keadaan bilik yang ditunjuk pengadu. 😨 https://thereporter.my/tolonglah-jangan-aniaya-customer-kami-dah-bayar-rm719-pelanggan-dedah-pengalaman-buruk-di-resort-mersing/ #thereportermy #fyp #berita #tiktoknews #resort #mersing #johor ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound
Namun, segelintir individu tidak bernasib baik kerana terpaksa berdepan dengan keadaan tempat tinggal yang menghampakan. Seperti sebelum ini, seorang wanita berkongsi pengalaman ngerinya apabila menjumpai beberapa ekor lipas di dalam sebuah bilik hotel di Cameron Highlands.
Bukan satu atau dua ekor, tapi ada 10 ekor lipas! Wanita yang berasa geli dengan kewujudan serangga perosak itu kemudiannya ‘check-out’ daripada hotel terbabit pada malam yang sama.
Wanita Dedah Chalet Yang Kotor & Tak Terurus Di Mersing
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Zeeralala (@zeeralalaaa) berkongsi keadaan bilik penginapan yang ditempah olehnya di Fishing Bay Resort, Mersing, Johor.
Menurut pengunjung itu, dia rasa dianiaya dan tertipu selepas menerima bilik yang kelihatan tidak terurus dan kotor.
Menerusi video perkongsian, kelihatan kawasan parkir kenderaan penuh dengan lumpur hingga menyebabkan Zeeralala bersama keluarganya terpaksa memijak lecak untuk memasuki bilik.
Sejurus masuk ke dalam chalet, Zeeralala mendedahkan keadaan tandas yang kotor serta soket plug elektrik yang hampir tercabut.
NASIHAT KEPADA PEMILIK HOMESTAY
Sebagai pemilik perniagaan, keselesaan pelanggan harus diutamakan. Saya rasa semua pemilik homestay atau resort pernah alami KOMPLEN pelanggan walaupun keadaan rumah atau resort anda yang terbaik. Tetap ada komplen..
Apatah lagi jika homestay anda seteruk yang ditunjukkan dalam video viral Fishing Resort ini. Sudah tentu mereka akan kehilangan pelanggan dan melalui komen yang diberikan oleh netizen, ramai yang telah memberi review yang teruk dalam komen mereka.
Sebab itu Homestay Bonda Banda Hilir Melaka, kami setiap tahun membuat "maintenance" pada homestay kami dan kami sentiasa mengambil feedback yang diberikan.
Homestay Bonda Banda Hilir Berwajah Baru
Kami telah membuat beberapa penambahbaikan serta mengecat semula sebahagian homestay kami serta menambah penghawa dingin baru.
Dan nasihat saya pada yang hendak menginap lihat dahulu review yang diberikan terutama melalui Google adalah lebih baik kerana ia lebih telus.
Lihat review Homestay Bonda Banda Hilir
KESIMPULAN
Pemilik Homestay atau resort jadikan kes viral Fishing Resort ini sebagai pengajaran dan kami doakan yang terbaik untuk pemilik Fishing Resort ini. Mereka pun dah keluarkan penyataan akan memeprbaiki resort mereka dan sanggup memulangkan wang kepada mereka yang terkena masalah ini.