Catatan

Kapasiti Penyewa Di Homestay Bonda Banda Hilir

Baru-baru ni kami menerima panggilan dari anak muda yang ingin menyewa Homestay Bonda Banda Hilir Melaka.

Mereka semuanya menaiki motor seramai 20 orang dan ingin bermalam semalam di homestay kami.

Kami tidak bersetuju kerana jumlah mereka terlalu ramai dan kapasiti kami sedap-sedap 5 orang hingga 8 orang maksima tu.

Walau pun ruang tamu dan dapur kami besar dan boleh ler tidur longgok-longgok kat sana. Tetapi 20 orang terlalu padat...

Kadangkala kami rasa bersalah juga sebab anak-anak muda macam umur anak-anak saya tgh nak happy tapi yalah budget kecik kan

Bila borak dengan mereka macam borak ngan anak-anak kita tetapi dalam hal ni kami tak mampu menolong.

Selain dari itu, sewa kami hanya RM100 semalam dan kau orang bayangkan 20 orang mandi di satu bilik mandi sahaja. Boleh bayangkan bagaimana keadaannya...

Saya minta maaf dan artikel ni, kami buat ialah we always support youngsters. Kami tidak mengira tentang kos tetapi ada perkara tertentu kami terpaksa menolaknya. 

Harap faham dik yek 

Catat Ulasan