Tahun Melawat Melaka 2024

Tahun Melawat Melaka 2024

MELAKA Bandaraya Bersejarah merupakan antara lokasi pelancongan yang popular di Malaysia. Bukan sahaja nilai estetik sejarah yang dimiliki, Melaka juga terkenal dengan tarikan kulinari memberi kelainan kepada pengunjung dari segi suasanan dan juga rasa.


Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), Melaka telah bersedia untuk menjadi hub pelancongan bukan sahaja untuk pengunjung tempatan tetapi juga pengunjung antarabangsa yang ingin mengenali budaya dan kelainan negeri Hang Tuah ini.

Sudah pasti, bagi pengunjung tempatan, antara tarikan di negeri ini adalah keunikan pengalaman menjamu selera yang ditawarkan dari sekecil-kecil gerai hinggalah ke cafe yang diberi suntikan estatik yang pasti memberi pengalaman yang mengimbau kenangan lama.

Tahun Melawat Melaka 2024


Mulakan hari dengan secangkir kopi

Bagi penggemar kopi, anda boleh mulakan hari anda dengan secangkir kopi di Kafe Tuju yang merupakan antara lokasi kegemaran ramai yang mejadi lokasi peminat muzik dan seni bertemu.

Terletak di Kampung Pantai, Melaka, Kafe Tuju yang diasaskan oleh pasangan suami dan isteri – Juliana Nazar & Qamar Zamri telah menarik ramai anak muda untuk menjadikan Kafe Tuju sebagai tempat persinggahan untuk melepak dan sesi bertukar idea kreatif sejak ia dibuka pada 2019.

Dekorasi Kafe ini juga membawa anda kepada satu pengalaman yang nostalgik seperti di kedai kopi dahulu kala. Sudah tentu ia merupakan lokasi yang tenang untuk menjamu selera sambil menghirup kopi bersama teman dan ahli keluarga.

Dapatkan Maklumat Kafe Tuju

Tahun Melawat Melaka 2024

Selera barat, suasana klasik

Bagi penggemar makanan barat, The Daily Fix adalah lokasi yang paling sesuai sebagai lokasi menjamu selera sambil menikmati ‘sesi borak-borak’ bersama teman dalam suasana klasik yang menenangkan.

Terletak di Jalan Hang Jebat, The Daily Fix juga menawarkan kopi yang baru di brew dengan aroma yang mengujakan dan juga pastri enak dari bakeri mereka The Curious Bakers. Mereka juga menawarkan menu-menu barat seperti pasta, burger dan sebagainya.

Menariknya, The Daily Fix memanggang biji kopi mereka sendiri dan turut menjualnya kepada pelanggan. Kepada mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman suasana klasik dan mendapatkan biji kopi yang baru dipanggang, boleh kunjungi The Daily Fix.

Dapatkan Maklumat The Daily Fix

Tahun Melawat Melaka 2024


Café’ Chef Wan

Bagi mereka tidak berkesempatan berkunjung ke kafe atau restauran milik chef selebriti antarabangsa kesayangan Malaysia, Chef Wan di Kuala Lumpur dan Selangor, boleh mencuba di The Shore Shopping Gallery.

Seperti personaliti pemiliknya, Café Chef Wan memberi suasana yang penuh keceriaan dengan dekorasi yang diinspirasikan oleh Moulin Rouge and Paris selain barisan menu yang dipengaruhi oleh pengalamannya yang telah menjangkaui negara global. Menu-menu yang ditawarkan adalah gabungan juadah tradisional Malaysia seperti Mee Rebus dan Lamb Kerutup dan juga antarabangsa seperti Fish & Chips Jamaca Stew Kambing Irish.

Dapatkan Maklumat Chef Wan Restoran

Tahun Melawat Melaka 2024

Makan malam di Kg Morten

Kampung Morten adalah lokasi pelancongan paling sinonim di Melaka. Kampung Morten terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka (Kampung Morten, 2012). Ianya dikelilingi sungai Melaka dan termasuk dalam perjalanan “Melaka River Cruise”. Kampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah dari zaman dahulu. 

Kampung ini mempamerkan keunikan rekabentuk 200 buah rumah Melaka tradisional, dengan bumbung, tangga batu, hiasan dalaman dan landskap yang unik (Kampung Morten, 2012). Ia seolah-olah dapat membawa pengunjung bersama-sama ‘kembali’ kepada zaman Kerajaan Melayu Melaka (Farihan Han, 2012).

Ketika matahari melabuhkan tirainya, Kampung Morten masih terang benderang dihiasi pelbagai lampu-lampu neon yang menarik. Di sekeliling kampung ini terdapat pelbagai gerai-gerai makanan yang menawarkan pelbagai juadah. Deretan meja juga di buka bagi membolehkan anda menikmati juadah di tepi sungai Melaka yang sudah pasti menimbulkan suasana romantik.

Bukan sahaja itu, anda juga boleh melihat Melaka River Cruise yang membawa penumpang merentasi sunagi Melaka dan juga rumah-rumah tradisional Melaka yang masih mengekalkan keaslian seni binanya.

Dapatkan Maklumat Kampung Morten Disini

Tahun Melawat Melaka 2024

Tidur Di Homestay Bonda Banda Hilir 

Rumah gaya lama tetapi dipermodenkan. Kelebihan lain Homestay Bonda Budget adalah lokasinya yang strategik di tengah-tengah Bandar Hilir Melaka. Dari sini, anda boleh dengan mudah mengakses pelbagai tempat menarik seperti A Famosa, Jonker Walk, dan banyak lagi.

Homestay Bonda Budget di Banda Hilir Melaka menawarkan pengalaman menginap yang unik dengan reka bentuk dalaman yang menawan.

Homestay Bonda Budget turut menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Mulai dari bilik tidur yang selesa hingga dapur yang dilengkapi dengan peralatan masak asas, anda pasti akan merasa seperti di rumah sendiri.

Dapatkan maklumat Homestay Bonda Banda Hilir


Catat Ulasan