PERBEZAAN MELANCONG SENDIRI DENGAN PRIVATE TOUR - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Isnin, 15 Mei 2023

PERBEZAAN MELANCONG SENDIRI DENGAN PRIVATE TOUR

 

PERBEZAAN MELANCONG SENDIRI DENGAN PRIVATE TOUR

Apabila kita berbicara tentang melancong ini , terdapat banyak kaedah melancong yang anda boleh gunakan.

Salah satunya ialah melancong melalui agensi pelancongan atau berkumpulan. Cara pelancongan ini sudah lama saya tinggalkan kerana banyak buang masa menanti di bas dan masa di sesuatu tempat tu terhad. Walaupun ia paling murah tetapi tak berbaloi untuk saya. 

Kecuali kalau pergi ke negara-negara sebelah Balkan atau Timur Tengah, saya akan pertimbangkan pakai pelancongan berkumpulan. Jika sekitar Asia saya takkan pakai. Serik 



PRIVATE TOUR 

Maka sejak beberapa tahun ini saya kerap melancong menggunakan Private Tour. Ianya lebih fleksibel dan lebih mesra. Anda tentukan masa anda di sesuatu tempat tersebut tanpa di ganggu oleh kumpulan lain. 


Saya lebih selesa mennggunakan private tour kerana intineri adalah di bawah kawalan anda walaupun pemandu pelancong tersebut yang mengeluarkan intineri tersebut. Namun intineri tersebut lebih bersifat fleksibel.


Nak katakan mahal tidak mahal, jika anda pergi dalam 2 atau 3 keluarga boleh dianggap murah tetapi layanan Private Tour. Biasanya saya pergi berdua sahaja dengan isteri dan untuk kami keselesaan lebih penting.


Namanya pun Private Tour maka layanan pun bersifat peribadi atau engagement anda dengan pemandu palancong lebih baik dan mudah untuk berinteraksi. Pemandu pelancong pun boleh dedikasikan tanggungjawab mereka kepada anda kerana anda dalam kumpulan yang kecil sahaja.


Jika anda katakan Private Tour ini mahal, ianya bergantung pada pakej yang anda ambil. Melalui pengalaman saya telah melancong hampir semua tempat pelancongan di Indonesia. Kos Private Tour amatlah murah.



MELANCONG SENDIRI 

Buat pertama kali saya memberanikan diri untuk melancong sendiri tanpa menggunakan pemandu pelancong. Selama ini saya mempunyai cita-cita melancong sendiri tanpa pemandu palancong tetapi saya risaukan isteri saya.


Kalau saya seorang, mungkin saya dah lama buat perkara ini tetapi apabila kita mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan orang lain terutama isteri maka saya harus berfikir sedalamnya.


Dan peluang ini tiba apabila isteri saya mahu melancong ke Jeju dan melalui beberapa pembacaan. Jeju adalah sebuah pulau yang selamat dan ramai rakyat Malaysia melancong ke sana tanpa mengguna agensi pelancongan.


Saya mencabar diri saya dan mulakan operasi Jeju dengan membuat segala persiapan yang diperlukan dengan teliti. Malah intineri saya adalah sepanjang 32 mukasurat  siap dengan laluan untuk elakkan permasalahan semasa di sana.


Apa yang boleh saya katakan ialah melancong sendiri bermakna anda dapat melancong ke kawasan pelancongan dua atau tiga kali ganda jika berbanding menggunakan pelancongan berkumpulan atau private tour.


Di Jeju kami telah melawat 15 kawasan pelancongan seluruh Pulau Jeju dalam masa 6 hari 5 malam.


Melalui melancong sendiri, saya dan isteri mempunyai kayakinan kendiri yang harus dipupuk. Kami bergerak sendiri tanpa bantuan dan suka tak suka kami kena buat sendiri dan ini memberi kekuatan kepada kami bergerak sendiri dan all out semua tenaga kami. 


Kami menghadapi pelbagai tentangan semasa melancong di Jeju tetapi kami jadikan ia pengalaman yang amat berharga yang boleh kami gunakan pada masa akan datang. Stress sudah semestuinya tetapi setiap ilmu yang anda mahukan sudah tentu harus  melalui step ini kan,


Dari segi kos memang amat berbaloi berbanding kos Private Tour dimana kami ZERO KOS untuk bayar pemandu pelancong.



KESIMPULAN 

Jika ana tanya pada saya yang manakah terbaik. Secara peribadi saya akan katakan Private Tour sebab semuanya dikendalikan oleh pemandu palancong anda. Anda hanya perlu goyang kaki dan duduk sahaja..heheheheh.


Manakala Melanconh sendiri pula anda harus lakukan semua seawal di Malaysia hingga berada di negara anda melancong. Memang penat tetapi seprti saya katakan ianya satu pengalaman yang terbaik dan paling pentng kepuasan untuk diri anda.


Walau saya katakan Private tour sebagau pilihan utama, tetapi jika kawasan pelancongan pilihan kami mempunyai insfrsstruktur yang baik serta keselamatan yang baik maka kami akan memilih sekali lagi melamconh sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan