Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland 2023

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland 2023
Sebenarnya sangat lah banyak hotel, apartment, chalet, homestay yang disediakan di Cameron Highland. Tapi kami 4 anak beranak sahaja, lalu kami memilih hotel Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland.

Sebab utama pemilihan saya ianya terletak di tengah-tengah Brinchang da Tanah Rata. Perancangan perjalanan ialah 1 hari sahaja dimana kami akan pergi ke Cameron Highland melalui Tapah dan turun melalui Simpang Pulai.

Kami nak explore sepuasnya, lalu pada hari pertama kami akan ronda habis-habisan di Tanah Rata sebab banyak makanan viral kat sana. Dan esok kami akan mula ke Brinchang pergi melawat ladang teh dan segalanya.

Berbalik pada Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland kami tiba dalam pukul 0500pm selepas seharian makan-makan di Abang Strawberi, Bharat Teh, House Of Scones dan beberapa tempat lain.


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland Review

Kawasan Parking Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland Dan Berdekatan Night Market 




Untuk kawasan meletak kereta cukup luas dan anda tiada masalah untuk meletak kenderaan anda. 

Selain itu ia terletak amat berdekatan dengan Nigh Market Cameron Highland yang dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja. Jaraknya dalam 200 meter sahaja.


Kawasan LuaraCasa De La Rosa Hotel Cameron Highland


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023
Kawasan hadapan Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023
Pintu masuk atau lobi Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland



Keseluruhan kawasan berbentuk ala-ala English dengan perabut serta hiasan kayu kayan. 


Lobi di Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Ini adalah kawasan dalam lobi di Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland. Tampak ringkas tapi kemas serta susunan yang mengekalkan ciri English


Bilik Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023




Kami memilih bilik Family sebab kami ada 4 orang. Disediakan 2 katil utama seperti gambar di atas dimana untuk ke katil sebelah di tutup dengan langsir dan ada tangga untuk kesana. Nampak kelainan dan bilik ini amat besar.

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023



Meja kopi yang diletakkan berhadapan TV dan yang baiknya ia mempunyai siaran Astro bukannya RTM sahaja. Boleh ler lepak-lepak sambil minum kopi yang disediakan oleh pihak hotel.

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023



Anda hendak suasana "Me Time" boleh sahaja minum di Balkoni yang terdapat dibilik tersebut sambil menikmati pemandangan di luar Balkoni serta menahan kesejukan ..hehehehe.


Tandas Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023
Sinki yang besar dan air panas

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023
Tab Mandi dengan air panas


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023
Besarnya bilik mandi ini ada almari sangkut baju serta seterika kat dalam tu



Tandas Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland memang besar dan kalau nak mandi disediakan tab mandi. Tapi kita orang Melayu mana ler tahu mandi di tab. 

Tapi tak mengapa, ia ada air pancut dan seperti biasa mandi dengan air pancut dalam tab. Jangan risau, air panas berfungsi.


Dalam bilik mandi terdapat almari yang disedia untuk sangkut baju serta seterika di sediakan.


Makan Malam di Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland
Steamboat yang padat dengan makanan

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland



Kami makan di Casa Osiana nama restoran di Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland, 

Kami menempah Steamboat untuk 4 orang berharga RM140. Layanan yang baik dari pekerja Casa Osiana, makanan pun amat puas hati sampai kekenyangan kami makan.

Tiada review buruk untuk Casa Osiana,,,hehehehe



Khidmat Pelanggan Yang Terbaik Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland 

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland


Dari permulaan kami check in hingga check out, semua pekerja di Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  memang terbaik dan hormati pelangggan mereka.

Pada waktu pagi semasa kami sarapan, boss besar pun ronda-ronda dan bertanya bagaimana perkhidmatan mereka. Dari segi layanan saya berikan rating 5/5.


Kelemahan Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  2023

Kelemahan utama ialah ia tidak menyediakan sarapan pagi dan jika anda mahukan sarapan pagi. Anda kena bayar RM30 seorang.

Ini kelemahan pihak hotel harus perbaiki kerana biasanya kos bilik sudah dimasukkan sekali sarapan.

By the way, Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland  ini walau pun terletak di tepi jalan raya tetapi tetap tenang kerana ia bukan kawasan di pekan utama. Lebih privasi.


Gambar-gambar lain Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland

Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland
Perjalanan ke bilik 


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland
Pemandangan atas lobi


Casa De La Rosa Hotel Cameron Highland
Kawasan rehat di tingkat 1




NAK KE MELAKA- DAPATKAN HOMESTAY BONDA BANDA HILIR

Catat Ulasan