Lawatan seterusnya kami ke BOH Sungai Palas Tea Center Cameron Highland yang terletak di Brinchang. Jarak BOH Sungai Palas Tea Center Cameron Highland dari hotel ialah 11km sahaja tetapi memakan masa 1 jam kerana kesesakan trafik yang sangat teruk.
Kali terakhir pergi ke sana rasanya 5 tahun yang lalu dan dahulu kalau hendak ke sana ada disediakan perkhidmatan bas tetapi kali ini kami terpaksa memandu hingga ke BOH Sungai Palas Tea Center Cameron Highland.
Jalannya kecil dan banyak lubang, maka anda extra berhati-hati semasa memandu kesana terutama mengelak kenderaan dari arah bertentangan. Namun untuk jalan yang amat kecil, terdapat pekerja yang jaga kedua-dua arah.
Sebaik sahaja sampai anda akan meletak kenderaan di kawasan meletak kenderaan yang besar. Tak perlu risau kalau tak dapat parking.
Setelah parking anda akan mendaki tangga yang sangat panjang tapi agak mendatar ke pusat BOH Sungai Palas Tea Center Cameron Highland. Penat woii...
Dahulu semasa kami naik bas, ia direct naik ke pusat BOH tetapi kali ini setelah ia membuat kawasan meletak kenderaan maka suka tak suka anda kena mendaki tangga panjang tersebut.
Semasa mendaki tangga tersebut anda boleh sahaja mengambil gambar sementara buang semput anda.
Pelbagai juadah |
Selepas makan anda boleh ler memulakan aktiviti bergambar terutama di kawasan
balkoni Kedai Teh Boh anda makan tadi. Balkoni tersebut adalah kawasan wajib anda harus mengambil gambar serta beberapa kawasan lain.
Pemandangan Balkoni |
Setelah puas bergambar, maka anda harus membawa balik ole-ole sebagai kenangan di BOH Sungai Palas Tea Center Cameron Highland.
Puas membeli belah ..ambil gambar ler |
Kesimpulan BOH Sungai Palas Tea Center Cameron Highland
Kawasan pelancongan wajib anda lawati kalau ke Cameron Highland. Dan anda siap sediakan wang jika berbelanja di Tea House mereka. Kami 4 orang makan kena RM140+ tapi as usual kami kata dalam hati, bukan selalu pun..hehehehe