ABANG STRAWBERRY CAMERON HIGHLAND 2023

 

ABANG STRAWBERRY  CAMERON HIGHLAND 2023

Gembira akhirnya telah tiba ke tempat viral Cameron Highland yang di war-warkan oleh rakan sekerja. Maka persinggahan pertama kami sudah semestinya ke ABANG STRAWBERRY CAMERON HIGHLAND.

Perkara pertama yang saya ingin ingatkan ialah Abang Strawberry Cameron Highland ini merupakan makanan viral maka anda haru sbersiap sedia dengan mental kesesakan yang melampau apabila anda masuk ke lorong kecil Abang Strawberry Cameron Highland.

Saya terpaksa parking jauh sedikit dan menapak sejauh 200 meter ke sana. Disebabkan nak tahu sangat sedap ker Nasi Lemak Strawberry Abang Strawberry Cameron Highland yang merupakan ikon mereka, saya menapak juga.


ABANG STRAWBERRY  CAMERON HIGHLAND 2023

Bagaimana nak ke Abang Strawberry Cameron Highland

Bagi mereka yang datang menggunakan laluan dari Tapah, anda hanya perlu mencari papan tanda menuju ke Kampung Taman Sedia yang terletak disebelah kanan jalan manakala jika datang dari arah Simpang Pulai, anda perlu menggunakan melepasi pekan Brinchang dan kira-kira 3 kilometer, anda akan menemui pintu gerbang yang besar di sebelah kiri jalan.


Sebaik melepasi pintu gerbang itu, anda hanya perlu memandu terus dan akan menemui kedai Abang Strawberry yang terletak paling hujung di sepanjang jalan yang turut dipenuhi beberapa kedai yang turut menjalankan perniagaan yang hampir sama.


Apa Kami Makan di Abang Strawberry Cameron Highland

Kami 4 anak beranak oder Nasi Lemak Abang Strawberry dan Chicken Chop. Saya dan isteri  makan Nasi Lemak Abang Strawberry manakala anak Gen Z kami makan Chicken Chop.


ABANG STRAWBERRY  CAMERON HIGHLAND 2023

Semua makanan didatangkan dengan kotak yang diisi tempahan makan yang kami oder. Cara tempahan pula agak maju iiatu sebaik sahaja anda masuk ke keda tersebut anda akan dapat pager serta barcode yang dilekatkan di pager makanan tersebut.

Anda kena scan barcode tersebut dan membuat tempahan melalui website yang disediakan. Sebaik sahaja siap membuat tempahan, anda akan diberikan harga tempahan anda dan anda bayar dahulu ke kaunter pembayaran.

Makanan anda kena ambil sendiri dimana pager makanan tersebut akan berbunyi, tandanya makanan anda sudah siap dan pergi ambil sahaja di kaunter tersebut.

Berbalik makanan viral ialah  jika tidak mencuba nasi lemak Abang Strawberry yang menyelerakan. Nasi lemak itu didatangkan dengan dua jenis sambal iaitu sambal cili biasa dan satu lagi sambal yang diperbuat dari strawberi.

Sambal Cili Biasa dia amat pedas yek, kalau tak makan pedas. Anda ambil sahaja sambal strawberry.


ABANG STRAWBERRY  CAMERON HIGHLAND 2023
Ini bentuk Nasi Lemak Strawberry

ABANG STRAWBERRY  CAMERON HIGHLAND 2023
Ini bentuk Chicken Chop 

Apa yang kami boleh katakan ialah mengikut pandangan peribadi kami ialah ianya sedap tetapi kami pernah makan lagi sedap. Kelainannya ialah sambal yang disediakan ialah sambal strawberry serta warna nasi lemak warna merah..

Chicken Chop saya tak mahu review sebab saya tak makan tetapi anak saya cakap sedap. 


KESIMPULAN ABANG STRAWBERRY  CAMERON HIGHLAND 2023

Saya berumur 40an dan old school maka apabila anda makan di kedai makan, anda menjangkakan makan di pinggan bukan makan di kotak. Itu yang saya rasa tak berapa puas hati. 

Lagi satu dengan minuman dan makanan yang kami makan berempat dengan harga keseluruhan RM102 dan harga nasi lemak RM18++. Rasanya kami wajar diberikan layanan yang lagi baik bukannya makan dalam kotak dan kena ambil sendiri plak.. Ini pendapat peribadi saya.

Menunggu makanan pun agak lambat, Ini saya faham sebab ramai orang. It OK.

Cuma saya tak kesempatan petik strawberry di Abang Strawberry.

Catat Ulasan