REVIEW PANAS CAFE CHEF WAN MELAKA

REVIEW PANAS CAFE CHEF WAN MELAKA



CAFE CHEF WAN THE SHORE MELAKA telah dibuka secara rasmi pada 22.2.2022 di The Shore Shopping Gallery. Berita baik untuk orang Melaka yang ingin merasa masakan chef terkenal kita ini.

Siapa yang tidak kenal dengan Chef Wan iiatu selebriti masakan Malaysia yang mempunyai pengalaman masakan yang amat luas sekali. 


Pada bulan September 2022 ini baru kesempatan aku dan wife hendak menjamah di CAFE CHEF WAN MELAKA ini. Selain ingin mencuba masakan disana kami juga ingin melihat hiasan dalam di CAFE CHEF WAN MELAKA, mesti eksklusifkan.



HIASAN DALAMAN CAFE CHEF WAN MELAKA

Hiasan dalaman CAFE CHEF WAN MELAKA ini menggunakan unsur-unsur English dan bagi aku ianya nice dan nyaman. 


Pertamanya aku minta maaf sebab gambar tak banyak disebabkan tiada kesempatan. Kami asik dengan makanan yang dihidangkan. Nanti boleh lihat makanan yang oder nanti yek.


By the way, anda boleh lihat video yang kami ambil ini.


Pada dasarnya CAFE CHEF WAN MELAKA ada 2 bahagian. Bahagian utama ialah restoran beliau ini ler dan yang kedua ialah di luar restoran terdapat kek dan pastri Chef Wan.



Sebahagian kecil gambar berjaya diambil sebab terleka makan

Gambar Pasangan Perut dan Makcik Linda Excited Dapat Makan 

Teruja hingga masuk kat Instagram wife aku ni 



Gambar Chef wan dan Ibunya : Sumber DiVA
Gambar Chef Wan dan Ibunya ; Sumber : Diva




MAKANAN CAFE CHEF WAN MELAKA

Makanan di CAFE CHEF WAN MELAKA amat tidak dijangkakan. Pada mulanya persepsi kami yang pertama sebelum kami pergi CAFE CHEF WAN MELAKA ini kami telah membuat survey harga.


Anda boleh download menu CHEF WAN - DI SINI 


Pada mulanya apabila kami melihat harga di CAFE CHEF WAN MELAKA memang cukup eksklusif juga ler. Ada member aku kata mahal dan ada yang kata reasonable dengan kos sewa restoran dan hiasannya.  


Untuk aku harganya memang OK setelah aku buat kira-kira. Kalau 2 orang makan mahu kena dalam RM150 ini. Ini harga biasa  untuk restoran-restoran yang cantik-cantik ler apatah  lagi restoran jenama Chef Wan.. 


Namun apa yang aku lihat adalah di luar jangkaan aku. Jap nanti aku cerita.


Kita baca sequen sebaik aku datang dan aku oder. Baru anda akan nampak cerita sebenar aku. Serius kau pun tak jangkkan ini .


Sebaik sahaja kami sampai di sana, kami disambut dengan cepat oleh staff yang duduk kat luar tu ler.


Dia bawa kami ke meja dan kemudian berikan menu. Aku dan wife aku dari rumah awal-awal dah siap sedia apa nak oder. Terujakan nak makan di CAFE CHEF WAN MELAKA.


Kami oder cucur udang, Burger beef, Mee rebus Mak Ani ( lupa). Minuman pula wife aku oder lychee soda dan aku nak test Melaka Latte (cold) 

Dari segi perkhidmatan aku tak sangkalkan memang terbaik dan cepat. Makanan kami pun tak lama kami menunggu. Sekejap jer dah sampai.


DAN INILAH PERISTIWA JANGKAAN KAMI.  Minta maaf Chef Wan kalau anda terasa, sebagai blogger travel ini, saya kena berterus terang.


Anda lihat gambar makanan ini dan komen dahulu....issskkk



Apa yang boleh anda komen!!! Iaitu portion makanan yang sebenar dengan gambar amat berbeza dimana saiz makanan yang diberikan besar.


Serius !!!! Inilah kesalahan sebenar Chef Wan.... 


Kalau anda lihat gambar terakhir tu sebelah kanan, CuCor Udang itu saiznya suku meja kami. Dan Burger dia pula tebal dan rangup hingga satu burger pun dah kenyang. Aku tak makan pun langsung kentang goreng tu.


Maklumat yang aku terima burger lembu dia ini handmake..bukan beli kat pasar malam atau pasar raya. Spesial make beb!!! Sebab tu aku oder..


Manakala Mee Rebus wife aku penuh dengan daging dan saiz mangkuk pula besar macam kepala wife aku.. Terbelahak bini aku yang kering ini paksa makan sampai habis sebab sedap sangat katanya... kasihan aku lihat bini aku...huhuhuhuhu.


Akibatnya kami tak habis aku makan Cucor Udang dan kentang goreng sebab terlampau kenyang dan sedap sangat. 


Harga dan makanan yang disediakan memang terbaik!!!! 


Aku pernah makan di rsetoran eksklusif ini ler tapi pada pandangan aku CAFE CHEF WAN MELAKA terlampau eksklusif hingga aku rasa gusar lalu aku kena survey makanan sebelum ke sana. Expectation aku memang cukup tinggi dengan kualiti makanan CAFE CHEF WAN MELAKA so harga aku tak pandang sangat kalau mahal.


Yalah!!! Chef yang cukup terkenal dan branding Chef Wan ini aura dia lain macam.


Rupanya aku melebih-lebih sangat, dengan harga dan makanan yang disediakan memang cukup berbaloi. Aku pernah makan kat restoran mahal dan portion dia kecil ajer. Tak cukup beb.


Tapi kat CAFE CHEF WAN MELAKA dia kasi kau melantak puas-puas dengan kualiti makanan first class dan harga yang aku rasa memang cukup berbaloi.


Aku tak pandai nak memuji tetapi wife aku puji melangit Mee Rebus dari CAFE CHEF WAN MELAKA ini. 


KEK DAN PASTRI CAFE CHEF WAN MELAKA


Ini adalah post ketiga wife aku kat Instagram dalam satu hari yang sama. Kan aku dah cakap dia punya excited lain macam.

Sebaik sahaja kami selesai dan bayar makanan kami di CAFE CHEF WAN MELAKA. 


Kami terlihat dibahagian luar CAFE CHEF WAN MELAKA ada satu lagi booth yang menyediakan kek dan pastri Chef Wan.


Wife aku pun lihat dan teruja dengan design yang disediakan terutama strawberi merah menyala tu. Lalu kami pun bungkus 3 ketul kek ini dan bawa balik ke rumah untuk anak kami.


Okey !!! Kami bersalah sebab tak bawa anak kami makan bersama. Untuk pengetahuan anak kami dah besar-besar remaja, so jarang ikut kami. Kami biasanya santai berdua dan mengumpat bersama.


Bawa balik umah dan anak dan mak mentua aku bende pertama yang dia orang rasa ialah buah strawberi tu.  Dan strawberi mendapat pujian sebab manis dan tebal..


Dan kemudian baru mereka makan kek yang kami berikan dan overall review, semua sedap dan malah tak cukup beb...hehehehe.


KESIMPULANNYA ialah CAFE CHEF WAN MELAKA ini memang terbaik dari segi harga dan kualiti makanan first class dan harga mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

Buang persepsi anda yang Chef Wan ini akan tekan harga sebabkan branding nama dia yang gah. No !!!! Di nak rakyat Malaysia semua merasai passion dia..

Thank Chef Wan ....



Catat Ulasan