SERI BAYU RESORT HOTEL BAGAN LALANG

Sebenarnya admin tak rancang nak menginap di SERI BAYU RESORT HOTEL BAGAN LALANG Selangor.

Sebenarnya admin nak menginap di Seri Bayu Port Dickson. Entah macam aman masa booking last minute di booking.com admin scroll dan book ajer. Lepas check, alamak kat Selangor.

Nasib baik masa tu di Port Dickson, baru lepas check out satu malam di Lexis Hisbiscus. Difikirkan lepak satu malam tak best, ingat nak tambah satu malam lagi. Salah negeri pula booking hotel.

Kami pergi Bagan Datuk jaraknya hanya 35KM dari Port Dickson.

Hotel kami ialah SERI BAYU RESORT HOTEL BAGAN LALANG ini bukannya hotel tapi apartment untuk keluarga.

Segala alat-alat di sana berfungsi dengan baik dan bersih. Harga semalam kami dicaj RM430 untuk admin agak mahal dengan keadaan bilik yang amat sederhana dan biasa2 sahaja.


Kekemasan bilik admin no komen tapi admin dapat tingkat 3. Semput nak naik ke tingkat atas.

Kalau bawa orang tua admin memang tak galakkan. Masa booking ia tulis kalau family suite dapat ground floor. Haparak!!!

Admin pergi ke penyambut tetamu minta tukar bilik tapi kata semua bilik dah penuh. Kalau macam tu jangan ler buat statement kalau Family suite dapat bilik bawah.

Untuk admin itu sahaja kelemahannya, tetapi admin duduk kat Bagan Lalang rasanya tak ada apa ke sana...boring. Nanti admin tulis tentang Bagan Lalang



Entire unit locater at ground floor untuk Family Suite. Ini kencing yek..


Free WIFI ini pun kencing jugak yek. Tak der wifi langsung. 

1 ulasan

  1. Slot Machines, Casino Games, and More - JT Hub
    Slot Machines, Casino Games, and More · 울산광역 출장안마 Hotel, Casino, 상주 출장마사지 Casino & Resort · 전주 출장샵 Slots Machines, 안동 출장안마 Casino & Resort · Restaurants 오산 출장샵 · Events & Entertainment.