SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANCONG DALAM NEGERI - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Jumaat, 10 Julai 2020

SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANCONG DALAM NEGERI


SUDAH BERSEDIA UNTUK MELANCONG

PKPP dimaklumkan sehingga pada 31 Ogos 2020. Dan harapan kaki travel ialah sempadan negara dibuka kembali bukan dengan hasrat pelancong luar kembali ke sini tetapi kaki travel Malaysia dapat travel semula.

Admin dapat merasakan getaran semua travel tegar setelah begitu lama tidak melancong yer. Nasihat admin ialah buat masa sekarang kita melancong didalam negeri dahulu. Lebih baik tahun 2020 kita semua membuat pelancongan domestik.

Untuk pengetahuan, admin jangkakan akan kerugian sehingga RM3000 tidak dapat melancong ke Jeju pada bulan September ini. Melihat keadaan dunia yang belum reda dari COVID-19 ini buat admin gusar mahu melancong ke luar negara. Taku bila dah keluar negara, bila balik semula ke Malaysia kena kuarantin 14 hari. Padan muka admin..hahahaha.

Tapi apa nak buat, bukan rezeki admin. Bila minta refund dengan Air Asia banyak sangat dolak dalik dia. Mungkin dia orang nak tunggu sehingga bulan September keadaan Korea macam mana. Baru boleh bincang...

Admin dah lupakan tentang semua tu. Sekarang ini kita dibenarkan melancong dalam negeri dan admin akan pastikan melancong dalam negeri. Inilah masanya untuk melihat keindahan negara kita dan juga membantu pengaliran wang domestik supaya aliran wang tunai dalam negara flow dengan baik...ewahhh!!!

Tahun ini jangan keluar dari Malaysia. Stay at home, stay at Malaysian. Admin nasihat semasa melancong dalam negeri tetap amalkan penjarakan sosial dan juag pakai face mask. Memang kes COVID-19 di negara kita telah menurun tetapi kiat tetap kena ikut SOP dengan baik.

Tahun ini rakan-rakan admin mahu pergi kemana?

1 ulasan:

  1. bagus juga skrng ni banyak tempat2 di negara sendiri da makin famous. hehe tengah kumpul duit juga ni nak pergi jalan2 walaupun dalam negara..

    BalasPadam