NETIZEN MENGAMUK ORANG MELANCONG KERANA COVID-19 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 15 Mac 2020

NETIZEN MENGAMUK ORANG MELANCONG KERANA COVID-19

Hari ni saya baca dalam FB ada pihak tu buat satu statement, ramai orang Malaysia yang melancong ke luar negara walau pun COVID-19 telah di umumkan pandemik.

Kemudian kat komen ramailah netizen-netizen dalam anggaran 99% kutuk orang Malaysia yang bodoh, banggang dan pentingkan diri melancong walaupun COVID-19 semakin berleluasa.

Bawah ni adalah salah satu sampel yang saya ambil.


Boleh tahan jumlah komen membina yang ditulis oleh rakyat Malaysia ni. Banyak doa-doa yang menghukum mereka.

Kasihan aku lihat orang yang akan pergi melancong ni...hahahaha.

Pada pendapat saya, itu hak mereka kalau hendak pergi melancong pada waktu ni. 

Mereka tentu dah buat kajian terperinci sebelum melancong ke negara yang mereka mahu lawati.
Takkan bodoh sangat mereka mahu melawat sesebuah negara tanpa persediaan.


Sebagai contoh diatas Pulau Jeju di Korea selamat untuk dilawati malah Pulau ni juga ada keluarkan arahan untuk 16 negara yang mahu melawat Jeju harus mempunyai visa.

Pelancong Malaysia terkecuali buat masa sekarang. Maka anda boleh melawat ke Pulau Jeju.

Selain itu mereka juga mesti telah siap sedia menyediakan PPE seperti face mask atau hand sanitizer serta supplement.

Netizen yang melalut macam kurang tamadun ni sepatutnya lihat secara keseluruhan aspek baik dan buruk. Sebelum kita menghukum mereka.

Adakah anda tahu kos persiapan le Korea sebagai contoh untuk flight dan hotel disana untuk 2 orang kosnya hampir RM5000. Belum lagi dicampur jika anda mengguna pemandu pelancong.

Mungkin untuk mereka yang mempunyai lebihan uang tak kisah kalau batalkan percutian mereka ni. Tapi mereka yang menyimpan uang selama 1 atau 2 tahun untuk melancong takkan nak kenselkan pelancongan mereka.

Kadangkala kita kena akui, soal uang juga memain peranan penting kenapa mereka sanggup ambil risiko. Tiket penerbangan biasanya kita booking 6 bulan atau 1 tahun awal, betul tak?

Mana ler mereka tahu COVID-19 ini akan melanda. Mahu tak mahu kena terjah ajer ler.

Ya, nyawa lebih penting. Tapi dengan kajian kawasan pelancongan serta persiapan pencegahan COVID-19 anda masih boleh melancong.

Lainlah, kerajaan Malaysia telah senaraikan negara tersebut tidak boleh dilawati atau negara tersebut tengah buat lockdown.

Sebagai contoh, mahu ker anda melancong ke Itali. Tak mahu kan. Boleh melancong tapi berdasarkan situasi.

Saya harap netizen fahami mereka. Dan mereka yang mahu melancong juga, anda juga harus siap sedia dikuarantin 14 hari jika pulang ke tanahair samada dari kerajaan atau syarikat anda. 

1 ulasan:

  1. SETUJU. SEDIH BILA RAMAI YG TAKUT2 KAN. SBB DAH PLAN LAMA.

    BalasPadam