OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 8 Februari 2020

OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG

Perkara pertama apabila kita melancong ke negara orang atau negeri sendiri sudah tentu yang bermain dibenak fikiran anda ialah ole-ole.

Ole-ole pula terbahagi kepada dua iaitu ole-ole untuk rakan dan diri sendiri. Biasalah apabila kita melancong, rakan-rakan pun nak tumpang gembira dan sebaliknya mereka melancong anda pun tumpang gembira.

Standard ole-ole yang biasa aku berikan atau anda beli saya rasa sama sahaja iaitu key chain atau magnet peti ais.

Dulu saya memang suka beli magnet peti ais untuk rakan-rakan dan sendiri.

OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG

Gambar atas ialah magnet peti ais yang hampir di peti ais rumah. Ada yang beli sendiri dan ada rakan-rakan yang belikan.

Ole-ole kedua iaitu ole-ole untuk diri sendiri biasanya barangannya agak besar dan eksotik.

Terutama untuk para ibu yang suka mendeco rumah mahukan kelainan dengan mempamirkan kraftangan terutamanya. 

Hobi saya untuk ole-ole sendiri baru bermula sebenarnya setelah bini mula minat mendeco.

OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG


OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG

Gambar di atas adalah ole-ole sendiri sebagai kenangan pergi ke melancong.

Gambar pertama ialah frame ukiran beras Vietnam, Tombak dari Jogjakarta, Botol ukiran MuiNei, Dram dari Bandung, papan luncur kecil Bali.

Gambar kedua ialah topi Vietnam. Yang tidak ada dalam gambar ialah tembikar dari Lombok dan kraftangan dari Vietnam.

Kami letak dalam satu kawasan sebagai kenangan atau display kami pernah ke negara tersebut.

Saya  sebenarnya layan jer hobi bini yang minat deco. Kalau rumah tu cantik maka yang dapat nama baik saya juga..hehehehe.

OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG

Minat saya yang sebenarnya ialah fotografi. Iaitu melihat keindahan dan kelainan landskap sesebuah negara itu.

Itu sebab saya minat melancong. Dahulu lepas ambil gambar, seperti biasa akan pos di Facebook atau Insta.

Tapi kini realisasikan digital kepada fizikal seperti gambar diatas. Dimana saya hantar cuci gambar dan frame kan di dinding.

Lupa nak tulis, gambar kat atas tu ada 2 buah lukisan yang kami beli di Lombok.

OLE-OLE PILIHAN ANDA SEMASA MELANCONG

Inilah ole-ole yang akan saya dan isteri beli jika kami melancong. Anda pula bagaimana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan