PERBELANJAAN AWAL KE PULAU JEJU VS PAKEJ - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 25 Januari 2020

PERBELANJAAN AWAL KE PULAU JEJU VS PAKEJ


Persiapan Melancong ke Pulau Jeju berjalan dengan lancar. Cuma kali ini saya dan isteri merancang tempat pelancongan sendiri tanpa pemandu pelancong. Ini kerana di Korea Selatan terutama di Pulau Jeju mempunyai sistem pengangkutan yang baik. Kami merancang menggunakan perkhidmatan kereta sewa di sana. Total hari kami disana ialah 6H5M.


Setakat hingga hari ini perbelanjaan kami ke Pulau Jeju ialah.


1. Tiket kapal terbang : RM 2423 ( untuk dua orang)

Bermakna seorang ialah RM1211 tapi masa balik kami menaiki Premium Flatbed. Dengan harga yang murah tapi kami dapat merasa menaiki Bisnis Kelas..

2. Hotel : RM923 untuk 2 hotel

Hotel yang kami tempah ialah di Jeju City dan Seogwipo. Tujuannya ialah memudahkan masa untuk berjalan disana. Hotel di Jeju 3star dan di Seogwipo 4 Star.

3. Sewa Kereta: Sehari RM157 X 5 hari = RM785.

Harga ini adalah harga yang paling maha setakat ini tapi ia milik syarikat Malaysia. Boleh dapat murah tapi saya kena fikirkan dahulu.

4. Minyak kereta; RM160

Ini anggaran melalui pembacaan aku di blog-blog ynag menyewa kereta di sana. Untuk pengetahuan semasa kita sewa kereta di sana, mereka akan berikan minyak penuh dan masa pulang kita kena isi minyak penuh gak.

5. Lesen antarabangsa : RM150

Kena ambil di JPJ untuk lesen antarabangsa.

TOTAL KOS KAMI IALAH : RM5652 untuk 2 orang. Kalau seorang bermakna RM2826 untul 6H5M.

Kami cuba bandingkan dengan harga pakej paling murah ialah :



Menurut kata iklan ini All In termasuk kapal terbang terlebih RM64 dari budget asal kami. Tapi cuba lihat berapa hari iaitu 4H3M dan hanya satu bandar sahaja.

Satu lagi ianya pakej berkumpulan dan kami hanya berdua sahaja. Selain itu hotel yang disediakan ialah 3 bintang.


Pakej kedua 5H4M dengan nilai RM3097. Itulah harga paling murah dan budget. Ia hanya lebih RM271 dari harga kami.

Harga yang berbaloi tapi dengan budget sudah semestinya hotel 3 bintang. Dan kawasan yang dibawa bukan semua kawasan. Dan juga ia pakej kumpulan.

Untuk saya selagi harga yang ditawarkan pihak lain lebih mahal maka aku akan teruskan. Walaupun dari segi kasar harga yang ditawarkan nampak tak banyak beza namun jika dilihat detail memang cukup besar.

Kami melancong selama 6H5M di Pulau Jeju. Tawaran yang paling tinggi pun 5H4M.

Kami menaiki kapal terbang masa pergi hanya seat biasa tapi masa balik kami naik Bisnis kelas. Kalau aku tak pilih maka harga lagi flight lagi murah.


Diatas ialah makanan dan jumlah bag kami serta insuran untuk penerbangan kami.

Selain itu hotel kami pun agak mewah. Bukan saya kata nak berlagak. Kalau kami pilih hotel lagi murah maka kos kami mungkin murah lagi. Kami pilih hotel 3 atau 4 bintang sebab soal keselamatan dan nak merasa. Kalau di Malaysia hotel 4 bintang ni mahal..hehehe.




Kamu boleh kamu boleh check bintang yang diberikan oleh pelanggan hotel ni.


Manakala untuk kereta sewa kami pilih syarikat atas ini. Ada beberapa blogger mencadangkan beberapa syarikat kereta lain tapi buat masa ni kami pilih yang ni dahulu.

Mahal sedikit tapi aku rasa yakin dengan syarikat anak Malaysia.

Inilah budget kami untuk persiapan awal ke Pulau Jeju. Boleh dikurangkan tapi aku bawa isteri maka aku tak mahu terlalu murah biarlah ia dalam medium kos.

Kalau ikut kawan-kawan mungkin boleh dapat murah lagi. Sekali lagi soal keselamatan saya dan isteri lebih penting.

Cuma sekarang agak risau macam mana nak bawa kereta sebelah kiri. 
Kalau tempat pelancongan aku dah buat map berapa lama tempat destinasi kami dan kami juga ada beli kad guide Naracard. 



Atas ni ialah lokasi gps yang aku surf dan siap sedia di Malaysia.


Kakaomap juga aku donlod dan save area yang aku nak pergi. Senang nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan