Masih lama lagi nak Pulau Jeju iaitu pada bulan September tapi aku punya lorat macam nak pergi bulan depan..hehehe.
Kenapa aku lorat sebab kali ini aku tak mahu pakai pemandu pelancong tapi nak bawa kereta sendiri.
Itu sebab aku kena plan dengan betul perjalanan intineri aku dan paling penting tak mahu sesat. Nanti aku share apa yang aku buat.
Kali ni aku nak cerita tentang guide card untuk pelancong kalau ke Korea. Disebabkan aku akan ke Jeju maka aku beli kad tour Jeju ler. Ia ada juga jual untuk Seoul atau Busan dan sebagainya.
Apa yang bestnya kad ni untuk aku ialah ia ada kod bar untuk kita scan secara automatik route ke tempat tersebut. Kau scan dan gunakan aplikasi Kakaomap dan terus ia tunjukkan map. Tadi aku scan tak dapat apa-apa sebab jarak lokasi ialah 4,000km..hahahaha.
Sampai kat Jeju nanti boleh ler.
Sekarang ni aku hanya scan tempat yang aku rasa best dan savekan dalam Kakaomap. Nanti senang.
Selain itu ia juga kasi beg untuk letakkan kad yang kiut. So kau masukkan kad yang kau nak pakai sahaja.
Kat atas itu adalah beg yang dia orang kasi. Kalau anda berminat anda boleh pergi ke website mereka. Mula-mula aku takut gak kena tipu tapi harga dia dalam RM40 aku bayar jer. Tawakkal jer..
Rupanya ia yang benar. Dan testimoni mereka pun baik-baik sahaja..
atau klik banner di bawah ini