Hari kedua kami bangun seawal 3.30am dan bergerak meninggalkan hotel pada pukul 0430am untuk melihat matahari terbit di White Sand Dunes.
Mengambil masa selama 30min dari hotel kami ke kawasan tersebut. Untuk melihat matahari terbit kami terpaksa menyewa jip dengan harga 600 ribu dong.
Kami dibawa ke kawasan matahari terbit di puncak White Sand Dunes. Ramai yang datang ke sini. Meriah sungguh.
Sementara menunggu matahari terbit kami ambil ler gambar sesama sendiri. Dan akhirnya matahari terbit tapi ia tak begitu cantik sangat. Tapi boleh ler..
Aku kata macam tu sebab aku pernah melihat matahari terbit dan turun yang lagi baik. But keseluruhannya memang cantik.
Tetapi apa yang paling menarik di White Sand Dunes ialah aktiviti lasaknya. Menaiki motor seperti gambar di atas.
Kalau nak naik, kena bayar seorang 200 ribu Dong dengan pemandu ler.
Anak aku naik naik kecut pula aku tengok dia orang bawa turun bukit curam..huhuhu.
Selain itu ada aktiviti sand sliding. Macam papan luncur tapi aku tak galakkan sebab lepas kau turun kau kena naik balik bukit yang kau turun tadi. Memang semput dada kau.
Lepas habis kat sana. Pemandu jip bawa kami dengan ganasnya ala-ala memandu F1 ke tasik di White Sabd Dunes.
Kawasan yang cantik dan baik untuk bergambar dan tasiknya pun bersih.
Setelah itu kami balik dan menuju ke RED SAND DUNES pula.
Sama macam White Sand Dunes tapi perbezaannya ialah tanahnya warna merah. Maaf pasirnya warna merah.
Tiada apa-apa yang menarik tapi wajib lawat sebab kelainannya ialah pasirnya.
Setelah itu kami menuju ke tempat lain pula.
Peringatan jika kamu ke Mui Ne jangan pakai kasut. Pakai selipar jee sebab banyak aktiviti pasir dan air.