RESORT VUON TRAI MUI NE VIETNAM - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 14 Disember 2019

RESORT VUON TRAI MUI NE VIETNAM


RESORT VUON TRAI MUI NE VIETNAM
Aku berikan hotel ni lima bintang walau pun ia bukan taraf 5 bintang sebab view dia cantik.

Sebenarnya ia bukan hotel tapi resort ala-ala mesra alam dengan tumbuhan. Menurut pemandu pelancong aku Vuon Trai ni maksudnya kebun teh. So ia ala-ala resort yang penuh tumbuhan tapi aku tak jumpa pokok teh...hehehhe.
Dia kencing aku kot.entah ler.

Bahagian dalamannya kemas dan semua kelengkapan baik. Cuma ia tiada air panas atau cerek panas. Nak buat nescafe 3 in 1 terbantut jap.

Kami berempat duduk sebilik dan disediakan 2 katil queen size.  Sedap tidur.

Bilik air semua berfungsi termasuk air panas. TV pun berfungsi dan terdapat sebuah meja untuk menulis. Bahagian beranda yang paling aku suka sebab ia ada meja dan kerusi dan abu rokok. Malam-malam lepak isap rokok kat luar..

Bahagian luar yang paling aku suka. Banyak ruang lepak dengan kerusi yang disediakan.  

Terdapat kolam renang untuk anak-anak aku mandi. Dan sempat mereka mandi dalam sejam..hehehe.

Restoran yang menghadap laut. Inilah kelebihannya. Kalau kau makan sambil pekena hembusan angin laut memang awesome.

Lepas makan, kau jalan-jalan tepi laut dan boring kau boleh mandi atau baring di kerusi malas yang disediakan.

Jom lihat gambar hotel ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan