Sudah tiba masanya untuk ke Mui Ne Vietnam. Kali ni bersama anak-anak dan isteri. Belum pernah bawa mereka keluar dari Malaysia, kalau ke Haytai tu pernah tapi kali ni jauh sikit naik flight.
Hari pertama kami tiada aktiviti yang padat sebab kami harus bertolak dari HCM ke Mui Ne memakan masa 4 jam.
Kami pun agak lewat keluar dari airport setelah mendarat di HCM kerana punyalah ramai rakyat Malaysia yang datang ke Vietnam.
Setibanya kami di Vietnam, kami dijemput oleh Awie pemandu pelancong kami.
Kami makan dahulu di Kedai Makan Hajah Hawa dan bahagian atas jual tudung. Kami tak beli apa-apa pun.
Setelah makan kami bertolak ke Mu Nei yang memakan masa selama 4 jam. Lebam gak bontot kami.
Akhirnya kami tiba di Mu Nei dan makan hanya satu-satunya restoran makanan halal di Mu Nei yang terletak di Russian Street.
Nampak tak kat atas tu tulisan Rusia. Rupanya kat Mu Nei ni kawasan utama pelancong Rusia hingga nama jalan dan kedai pun ada tulisan Rusia. Sebiji macam kat Jalan Malaysia di HCM.
Restoran halal ni namanya Thalal iaitu milik warga Champa. Sedap makanan mereka terutama sambal daging dia.
Setelah makan, kami pergi ke hotel kami bernama Resort Vuon Tria.
Kami duduk berempat satu bilik dan view hotel ni memang best.
SILA BACA ARTIKEL INTINERI PENUH DI MUI NE VIETNAM