CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 30 November 2019

CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE


CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE
Hari ni nak bercerita tentang kampung halaman aku iaitu negeri Melaka.

Cerita yang hendak dikongsi tentang makanan viral Melaka iaitu Cendol Kampung Hulu dan Makan Avenue.

Mula-mula tempat ni dikenali sebagai Cendol Kampung Hulu. Dan kemudian ia ada sewa tapak dalam bangunan sebelah kedai cendol dia dan buka pelbagai gerai makanan ia dipanggil Makan Venue.

Kalau orang kata dia singgah ke Cendol Kampung Hulu atau Makan Venue sama ler tu.

Makan cendol sambil pekena pelbagai makanan yang dijual di sana.  Nak cerita tentang cendol dia ini ada macam-macam jenis tapi yang istimewa ialah Cendol Durian.

Harga cendol durian kalau tak salah aku ialah RM15. Standard ler harga cendol durian. 



CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE

CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE

Selain cendol sebagai tarikan utama ialah pelbagai juadah makanan istimewa. Dari oblong, nasi ayam, dodol hinggalah Mee Ramen.

Anda boleh pilih apa pelbagai makanan yang dijual disana. Tetapi aku kalau ke sana suka makan Mee Ramen. Pedas? Memang ler pedas tapi tempat lain tak der yang ada kat sini jer atau Makan Venue.

CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE

Tapi aku nak ingatkan anda semua. Tempat ini adalah self service dimana dalam Makan venue ini terdapat banyak gerai. Jika anda berminat dengan salah satu gerai makanan, anda kena order sendiri dan bayar di sana. Beritahu nombor meja dan nanti dia orang hantarkan.

Harga makanan pun agak mahal kalau ikut standard aku ler. Makan 4 pinggan Mee Ramen aku kena RM74. Makan cendol 2 mangkuk, aku kena RM30. Makan macam tu ajer aku dah habis RM106.







CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE


CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE

CENDOL KAMPUNG HULU MELAKA @ MAKAN AVENUE


Tiada ulasan:

Catat Ulasan