Pemandu Pelancong Bandung Abhet - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 6 Oktober 2019

Pemandu Pelancong Bandung Abhet


Pemandu Pelancong Bandung Abhet
Sepanjang 5H4M kami di Bandung kami menggunakan perkhidmatan anak jati Bandung muslim bernama Abhet.

Dalam lingkungan umur 32 tahun seorang yang petah berbicara dan sepanjang perjalanan kami semua maklumat tentang Bandung di kongsi bersama kami.

Sama seperti artikel aku yang terdahulu, kami amat bernasib baik setiap kali mengambil pemandu pelancong kerana kami dijagai dengan baik dan setiap informasi diberi setiap kali kami ke tempat pelancongan.

Beliau tidak banyak masalah, kemana sahaja kami mahu pergi dibawa kami pergi tanpa soal. Cuma masalahnya, kami tak boleh tidur dalam kereta kerana beliau asik bercakap sahaja ..hahahahaa.

Jika anda berminat menggunakan perkhidmatan Abhet ni boleh hubungi atau what apps beliau di +6281220364685.

Kalau anda risau tentang kejujuran beliau anda boleh surf beliau di facebook beliau.

Pemandu Pelancong Bandung Abhet
Secara peribadi kami amat berpuas hati dengan perkhidmatan Abhet.
Beliau bijak menyusun intineri kami di Bandung.

Jika anda membawa anak-anak, intinerinya memang berbeza dengan kami. Jika anda membawa orang-orang tua intinerinya juga pasti berbeza.

Terpulang pada anda untuk meminta beliau menyusun intineri dengan golongan pelancongan yang dibawa. Kami semua muda maka, intinerinya semua lasak-lasak belaka.

Beliau juga mempunyai kepakaran dalam membawa pelancong dalam golongan yang besar. Jangan risau jika kumpulan anda kumpulan yang besar. Menurut Abhet jika kumpulan besar maka harga boleh dikurangkan.

Kos boleh dibawa berbincang, setakat ini aku rasa kos beliau yang paling rendah. Aku tak mahu tulis kos 5H4M aku berada disana sebab ianya rahsia perniagaan beliau. Terpulang pada anda atau anda boleh mesej saya di blog ni.

Apa yang kita hendak dari pemandu pelancong kita bukan kos tetapi tidak banyak karenah dan paling penting jujur. Dimana Abhet ni mempunyai kejujuran dalam perniagaannya, beliau tidak menipu harga tiket atau restoran.

Aku rekemen ketat-ketat Abhet ni.  Di bahagian bawah sebelah kanan ada logo what apps, anda boleh direct what apps beliau terus dari blog ini..senangkan..

Pemandu Pelancong Bandung Abhet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan