Hari paling happening berjalan di kota Bandung ialah hari Jumaat atau Sabtu malam. Dimana ia merupakan cuti dan semua tertumpu di kawasan kota Bandung terutama di Braga.
Kami tidak ketinggalan melihat suasana malam di Bandung. Memang cukup padat dengan orang dan sepanjang jalan terdapat banyak jualan makanan. So jangan risau kalau lapau..hahaha.
Kalau anda minat mendengar muzik pergi sahaja ke kedai-kedai yang menyediakan band muzik sambil minum-minum.
Kalau minat lukisan pergi jalan-jalan di sepanjang bangunan yang memaparkan lukisan yang berkualiti.
Kami pula minat berselfie dengan watak-watak kostum sepanjang jalan di Braga. Dari transformer hinggalah watak Mak Lampir.
Kakak aku minat ambil gambar dengan Mak Lampir..hahahaha. Layan jer.
Bini aku dengan watak Iron Man kononnya itu Tony Stark. Manakala aku adalah bebas jer..