Percutian Bandung telah bermula selama 5H4M. Penerbangan kami pada pukul 11.20am ke Jakarta.
Kami turun ke Jakarta kerana pada masa itu harga tiket Air Asia ke hanya RM60. Maka kami ambil keputusan turun di Jakarta. Dan kemudian pergi ke Bandung.
Tujuannya ialah kami nak lihat bandar Jakarta sahaja. Kalau orang tanya dah sampai Jakarta, aku boleh kata dah...hehehehe. Tapi lalu sahaja..
Sampai si lapangan terbang kami disambut oleh pemandu pelancong kami iaitu Abhet.
Kami makan dahulu nasi padang di restoran bernama Simpang Raya.
Nasi padang ni makan kena pandai. Mereka akan hidangkan semua lauk-pauk yang berjumlah lebih dari 10 lauk. Kalau anda tak mahu makan, jangan sentuh dan asingkan sahaja. Kalau ambil secubit, dianggap jual. Jangan suka-suka rasa semua yerr, kalau dah rasa habiskan..
Setelah makan, kami terus ke Bandung dan jalan menuju ke Bandung agak jammed sebab ada projek bikin jambatan. Memang teruk jammed kat Jakarta ni.
Kami tiba di Bandung dalam 4 jam dari Jakarta. Boleh tahan juga jauhnya..hehhehee tapi puas dapat jejak kaki ke Jakarta.
Tempat pertama kami pergi ialah Bandung Textile iaitu ia menjual kain batik atau sulam. Terkena aku, tempah batik buat baju dengan harga RP400K. Bini aku beli 6 meter kain batik nak tempah kat Melaka dam sekali untuk anak-anak.
Setelah membeli kain batik kami pergi pula membeli kain pelekat dan batik sarung yang mak aku pesan. Baik belikan semua pesanan kalau tak mesti lupa.
Kami dibawa ke Rumah Sulam Kana untuk menyelesaikan misi beli kain batik dan pelekat. Kami jumpa sempat jumpa bag kain telekung untuk buat ole-ole yang berharga RP90K untuk 10 beg. Murah gak.
Setelah beli kami dibawa ke hotel kami iaitu De Batara. Hotel yang biasa-biasa dalam 3 bintang. Boleh ler tu.
Lepas letak beg kami pergi makan kedai berhadapan hotel dan tidur..
Esok banyak lagi aktiviti..