HARI KEDUA DI BANDUNG - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 3 Oktober 2019

HARI KEDUA DI BANDUNG

Hari kedua adalah hari yang padat dan memenatkan tapi menarik. Kerana banyak gambar yang menarik untuk dikongsi bersama dalam blog ni.



Tempat pertama kami kami pergi ialah The Lodge Maribaya. Ianya sebuah kawasan dimana aktiviti mengambil gambar ekstrem. Seperti menaiki basikal diatas kabel.

Aku hanya ambil gambar Sky Fre sahaja sebab takut tinggi..hehehehe. Wanita lain dalam group aku naik buaian dan macam-macam ler.



Setelah hampir 2jam di sana kami bergerak ke Kopi Luwak Cikole. Ianya pusat utama membuat kopi Luwak di Bandung. 

Kami diberikan penerangan yang lengkap tentang pembuatan kopi Luwak serta merasa kopi Luwak Bandung.



Setelah selesai kami pergi pula ke Floating Market Bandung. Tempat yang amat menarik dan besar.




Floating Market bukan macam kat  Hatyai tapi tasik besar yang digunakan dan penjual menjual makanan didalam perahu. Tempatnya cukup kemas dan teratur.



Selain itu disana terdapat Rainbow Garden yang kena dengan namanya  dimana terdapat banyak bunga yang segar dan cantik. Tak menang tangan hendak mengambil gambar bunga disana.



Di Floating Garden setelah ronda-ronda Rainbow Garden and akan ke Kota Mini dimana ia adalah bangunan kecil kota-kota Belanda. Aku tak ronda sebab malas..hehe.



Di Floating Garden juga terdapat perkampungan Jepun. Dimana kalau anda nak pakai Kimono pun boleh dan naik perahu naga pun boleh. Memang cantik tempat ni. 
Bangunan dan suasana macam kat perkampungan Jepun.




Setelah itu kami pergi ke Belanda dan juga kampung Hobbit.
Untuk pengetahuan masuk ke kampung Hobbit kena bayar lagi Rp20K.




Selesailah perjalanan kami pada hari kedua. Artikel detailed tentang kawasan ini akan kami buat artikelnya.
Kalau nak tulis panjang ni .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan