Dusun Bambu Bandung merupakan salah satu tarikan utama di Bandung.
Dimana hasil seni bambu di praktikkan disini. Semuanya dibuat dari bambu.
Selain itu terdapat Danau yang menempatkan rumah-rumah makan yang memang cantik susunannya. Mengambil gambar disini memang puas.
Selain itu terdapat aktiviti muzik tradisional angklung yang dimainkan oleh ahli seni muzik. Dan mereka juga menunjukkan tarian tradisional mereka.
Selain itu di Dusun Bambu terdapat landskap bunga yang cantik. Dan juga sawah padi kecil sebagai sampel bercucuk tanam.
Terdapat juga jalan-jalan yang dibuat melalui buluh yang menarik designnya.
Di Dusun Bambu terdapat sebuah perkampungan yang mereka namakan Kampung Ulin untuk aktiviti lasak dan aku bukanlah olahraga maka kami tak masul ke sana.
Terdapat juga kawasan untuk mainan kanak-kanak yang agak besar. Sesuai membawa anak anda ke mari.
Menariknya Dusun Bambu ni ialah setiap pelanggan yang membeli tiket layak membawa pulang satu bungkus tumbuhan dan bawa balik dan tanam kat rumah.