HARI KEDUA DI SURABAYA - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 17 Ogos 2019

HARI KEDUA DI SURABAYA


HARI KEDUA DI SURABAYA
Ini adalah artikel sambungan dari hari kedua di Bromo Surabaya.

Sekembali kami Bromo, drebar jip menghantar kami pulang ke kereta kami berjumpa dengan pemandu pelancong setelah memandu 2 jam..

Kami bergerak pulang ke Kota Batu dari Bromo. Tempat seterusnya ialah kami akan pergi ke ladang epal terletak di Kota Batu.

Perjalanan dari Bromo ke Kota Batu mengambil masa 2jam setengah. Total dalam kereta dari pertengahan Bromo ke Kota Batu mengambil masa 4 jam.


Setiba di Kota Batu kami menuju ke ladang epal Wisata Petik Epal. Makanlah seberapa banyak epal yang anda mahu tapi kalau nak bawa balik kena beli ler. Harga satu kilo epal ialah RP30K.

Disana juga ada jual kerepek epal yang berharga RM150K.  Selain itu tetdapat juga ladang limau. Ini adalah aktiviti wajib kalau ke Malang.

HARI KEDUA DI SURABAYA

Selepas itu kami pulang ke hotel kami iaitu Hotel Aria di Malang. Jarak dari Kota Batu le Malang ialah 2 jam juga.

Sempat ler kami tidur dari naik jip. Bergerak ke Kota Batu dan kemudian ke Malang. Seharian tak tidur semenjak tiba di Surabaya. 

HARI KEDUA DI SURABAYA


Sampai di hotel dalam pukul 3pm dan kami janji dengan drebar nak keluar dalam pukul 6pm sebab mak mentua kawan kami minta ole-ole kain batik ela.  Kami fikir nak cari juga TShirt dan key chain.


HARI KEDUA DI SURABAYA

Dalam pukul 6pm kami pergi Mall Matahari, Gaja Mada dan Ramayana. Jumpa ler batik tapi keychain atau magnet tak jumpa.

Malang memang tak jual ole-ole macam di Lombok. Kalau anda terserempak dengan penjual ole-ole beli sahaja. Jangan tunggu besok baru nak beli...hehehe

Kemudian kami balik ke hotel dan  dalam pukul 9pm kami semua tidur. Lelap terus.....selesailah perjalanan kami hari kedua selama 21jam..huhuhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan