MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Ahad, 30 Disember 2018

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018

Pada hujung tahun 2018 ini, jalan -jalan Malaysia ke Taiping. Daerah ini menjadi pilihan aku kerana kakak aku tinggal disini. Kakak aku dah tinggal 20 tahun di Taiping dan sekarang adalah pembuat kek utama di Taiping, Kalau berminat boleh calling/what apps di  0125399047 at lawat FB beliau di
IDZURA FB HOMEMADE CAKE

Berbalik pada Cuti-Cuti Malaysia di Taiping dalam masa 2 hari ini, banyak juga tempat aku pergi sambil dibantu oleh pemandu pelancong aka anak buah aku..hahahaha.

Kawasan pertama aku pergi ialah Taman Tasik Taiping. Kawasan wajib pergi kalau ke Taiping. Kalau tak pergi umpama hilang satu kaki. Sebuah tasik yang amat besar dan mempunyai pendangan yang terlalu cantik. Dunia fotografi dan juga wedding fotografi kalau nak bergambar.

Sepanjang 2 hari aku ke sana, ramai betul pengantin ke sini ternasuk melayu dan cina. So memang kawasan ini memang cantik. Bukan aku kata tapi melalui pemantauan aku sebagai fotografi ler..hahahaha

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018

Kami membuang masa yang banyak ke sini selama 2 hari kerana nak amik bayang-bayang pokok di air tapi malangnya angin agak kuat dan tak dapat gambar yang cantik.

Kami juga telah pergi ke Bukit Larut tapi malangnya tiket dah habis dan dengan frust kami pergi ke tempat lain iaiti Charcoal Factory yang membuat pembuatan arang batu secara tradisional di Kuala sepetang.

Aku tak tahu bagaimana orang yang kerja kat sana, nampak macam berat dan panas siut,,, Kalau aku tak tahan nak kerja kat sana.

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018


Alang-alang dah sampai ke Kuala Sepetang maka kami ke Mee Rebus Mak Jah yang terkenal viralnya. Apa yang boleh aku katakan perkhidmatan memang cekap. Walau pun ramai orang cepat mereka sediakan mee rebus permintaan kami. Makanan mereka memang maveles walau pun aku bukan peminat udang...hahahaha

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018


Ingatkan lepas makan Mee Rebus nak cuba naik bot lihat helang di Kuala Sepetang, Tapi malangnya kami tak jumpa tour guide yang sesuai sebab ramai orang  dalam syarikat tour guide. Kena ikut berkumpulan dana aku tak minat sangat. So kami batalkan dan pergi kembali ke Taiping semula.


Sampai di Taiping kami pergi makan cendol viral Taiping iaitu cendol tertua Bismillah Cendol di Taiping. Itu statement anak buah aku ler. Aku makan cendol kacang dan memang terasa kuah cendol yang disajikan. Tahap rating A aku kasi!!

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018

Selepas makan bubur cendol ingatkan nak pergi ke kawasan lain tapi panas tahap gaban. Tak larat sebab kami keluar dari pukul 10.00am hingga jam sekarang 3.30pm.  Ikut target nak ronda-ronda sampai pukul 6.00pm..hahahah.

Apa nak buat sebab Bukit Larut tak ler masuk... Helang terbatal.....
Banyak tempat aku perdi seperti Zoo Taiping, mandi air terjun, mandi swimming pool.
Kalau kau nak berjalan sekitar Taman Tasik Taiping semua kawasan ini amat berdekatan..

Aku dah pergi dahulu maka aku tak pergi lagi lerr..


MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018

MELANCONG SEHARI KE TAIPING 2018




Tiada ulasan:

Catat Ulasan