Jika anda berada di Vietnam, tak sah kalau anda tidak membeli- belah. Terutama peminat tudung Neelofa, duck atau Bokita. Malahan telekung Siti Khadijah juga ada.
Jika di Malaysia semua jenama diatas harganya beratus ringgit tapi di Vietnam ia berharga hanya belasan ringgit sahaja. Mahu tak gile perempuan bertudung borong semua tudung yang ada kat kedai.
Tak terkecuali juga wife aku yang eksited bila bershopping. Kau tengok pun takut..wehhhh.
Sepanjang kami berada di Vietnam, pemandu pelancong kami membawa kami 5 tempat membeli belah seperti di Linda Wholesale.
Belum lagi termasuk kedai- kedai semasa kami ke Mekong dan Chu Ci Tunnel.
Belum lagi dikira tawaf pasar malam Be That dan juga semua kedai di Kampung Melayu. Anda tidak boleh lari dari godaan shopping ni.
Dalam banyak- banyak shopping aku pergi, Pasar Ben Thant adalah paling teruk dengan harga yang melampau. Memang ia popular tapi ada banyak pilihan lain yang lebih murah.
Kepada sesiapa yang membawa isteri ke Vietnam. Siap sedia ribuan ringgit terbang membeli- belah....hahahaha. Di bawah ini koleksi barangan yang dibeli oleh kami. Tudung jumlah tak terkira. TShirt adalah dalam 10 helai..
Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam