MEMBELI BELAH DI PASAR BEN THANT HO CHI MINH VIETNAM

MEMBELI BELAH DI PASAR BEN THANT VIETNAM
MEMBELI BELAH DI PASAR BEN THANT VIETNAM
Aktiviti shopping diteruskan, kali ni kami membeli belah di Pasar Ben Thant yang terletak 50 langkah dari hotel kami iaitu Alagon Western Hotel.

Sebelum membeli belah kami minum kopi Vietnam dahulu. Kopi Vietnam ini dah jadi ketagihan kami plak...

MEMBELI BELAH DI PASAR BEN THANT VIETNAM
Saiz PASAR BEN THANT VIETNAM ini memang cukup besar. Macam kat Padang Besar atau pekan Rabu ler. Dari makanan, pakaian, souvenier dan lain-lain.

Berpinau mata nak tengok apa barang nak beli. Kami membeli baju TShirt untuk aku. Mak aaii dia kasi harga sehelai RM95, kalau aku beli kampung Jawa  Melaka baru RM45. Tapi kualiti kain dia aku lihat baik.

Bini aku tawar menawar hingga dapat 40% kurang. Kami beli 6 helai baju. Dan kemudian kami bi souvenier dan lain- lain. Semua harga yang ditawarkan memang tak masuk akal. Mahal gilee..

Bila kita tanya berapa boleh kurang, dia tanya kita berapa kita nak. Kalau kau tawar harga kau, mula- mula dia tolak. Lepas tu kau nak belah, dia kata boleh plak. 

Tah-tah harga yang kami tawar tu masih mahal dan menguntungkan mereka. Sebab tu aku lepak kejap ajer kat PASAR BEN THANT VIETNAM. Malas nak beli, mahal sangat dan kita pun tak tahu macam mana nak tawar sebab standard harga kat Vietnam yang betul- betul murah kami tak tahu.

Walaupun kami menawar harga sampai 40% namun aku masih rasa agak mahal.  Aku tak galak kau orang pi PASAR BEN THANT VIETNAM. Wajib kena tipu..hahahaha.

Tapi dalam rasa macam kena tipu, kami perabih beratus ringgit gak. Hai..duk Vietnam ini memang mencabar minda untuk bershopping. Sakit kepala...ahaks.


MEMBELI BELAH DI PASAR BEN THANT VIETNAM

Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam




Catat Ulasan