HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE HO CHI MINH MENGECEWAKAN

HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE MENGECEWAKAN
HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE MENGECEWAKAN

Salam semua, apabila kita merancang percutian. Salah satu perkara terpenting ialah hotel yang baik dan punyai lokasi yang baik.

Malangnya bagiku kerana hotel yang aku booking terletak jauh dari Kampung Melayu dan Pasar Ben Thant. Malah ia tidak berdekatan dengan mana- mana pun.

Untuk masuk ke hotel, anda harus masuk lorong kecil dan sebelah lorong tu ada anjing peliharaan.


HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE MENGECEWAKAN
Waktu malam masa kami keluar, sunyi sepi jalan tersebut. Yang ada hanya beberapa orang Vietnam melepak kat luar. Pada waktu petang, kami cuba keluar nak amik angin petang. Pehhhh....semua orang Vietnam pandang sebab kakak aku kan pakai tudung kat sana. Kamo totally stranger disana.

Pada waktu pagi kami turun terserempak dengan tetamu dari Penang. Dia pun kutuk HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE yang indah dari khabar. Dalam booking.com gambar maveles, bila lihat macam hawau.

Selain itu dalam booking.com ia tak cerita kena naik tangga giler tinggi. Mak aku dah ler sakit lutut, kasihan giler aku aku melihatnya.

Nak pergi ke pasar malam kami naik GRAB dan hati tak tenang kalau balik lewat sebab kawasan sana sunyi dan risau balik lewat kami kena rompak plak. Memang sunyi giler malam- malam disana. Ahli rombongan Makcik Kiah aku sorang jer jantan. Mana larat kalau kena rompak..hahahahaha.

Keadaan dalaman hotel agak baik dan kemas tapi yang peliknya kami minta seterika dia tak der pula. Berkedut tudung anak dara rombongan kami.

Aku akhirnya sudah stress, pada hari ketiga aku check out dan pindah ke hotel Alagon Western Hotel. Agak eksklusif dan mahal tapi aku pilih jugak sebab masa kami rounding di Kampung Melayu ini. Aku jumpa dua hotel iaitu Alagon dan Silverland, ada juga hotel kecik tapi tak ingat nama.

Untuk mengelakkan masalah salah pilih hotel maka aku pilih gak Alagon. Memang konpem ia berdepan dengan pasar malam dan 50 langkah ke Pasar Ben Thanth.

So aku rugi 2 malam di hotel HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE  tapi aku puas hati. Mak aku tersenyum boleh shopping sakan. Aku senyum safety semua rombongan Makcik Kiah terjaga.


HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE MENGECEWAKAN


HOTEL SAIGONESE BOUTIQUE MENGECEWAKAN







Catat Ulasan