HARI KEDUA DI HO CHI MINH VIETNAM

HARI KEDUA DI VIETNAM
HARI KEDUA DI VIETNAM
Percutian kami diteruskan lagi dan kali ini ke Sungai Mekong. Kami bertolak dari hotel dalam pukul 7.30am.

Perjalanan dari hotel ke Sungai Mekong mengambil masa selama 2 jam. Pemandu pelancong kami Muhammad banyak membantu kami dalam perjalanan ni terutama melayan mak kami yang sakit lutut.


HARI KEDUA DI VIETNAM
Ketibaan kami di Sungai Mekong ialah berjumpa dengan pemandu pelancong kiut kami iaitu nama samaran Siti. Nama Vietnam payah sangat nak sebut.....

Kami menaiki bot yang dikhaskan untuk kami berlima sahaja dan menuju ke pulau di Sungai Mekong. Menurut pemandu pelancong kami ada beberapa kawasan di sana dengan nama unikorn dan pelbagai lagi. Itu semua tak penting, janji aku ikut pemandu pelancong kami..hahahaha.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Bot kami berlabuh dan tempat pertama kami pergi ialah ke tempat proses kelapa yang membuat gula-gula kelapa, krim kelapa dan pelbagai lagi. Mak aku beli beberapa gula kelapa hendak beri pada jiran- jiran terdekat.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Selepas itu kami berjalan kaki ke kawasan lebah. Kami diberi tempat duduk direstoran dan kemudian pemandu pelancong kami menerangkan cara pengambilan lebah madu. Selepas kami mencuba madu yang dicapur dengan limau. Dan pada masa itu ada ler sekali mereka jual madu serta krim muka dari madu. Untuk tidak menolak permintaan meteka kami membeli 2 botol madu.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Ditempat itu juga jual beg kulit original dari kulit buaya, unta dan pelbagai lagi. Memang mahal harganya dalam RM200 hingga RM800. Bini aku bantai amik hand bag dan belikan aku dompet. Terima kasih sayang.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Kemudian kami dibawa makan buah- buahan sambil ditemani oleh penyanyi Vietnam. Jangan pandang lama-lama, nanti dia nyanyi lagu Melayu plak. Masa mereka nyanyi, ada kasi tong kosong derma untuk mereka.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Selepas melihat nyanyian mereka, kami meneruskan perjalanan. Untuk pengetahuan semua perjalanan adalah berjalan kaki.  Kami tiba di kawasan yang dinantikan oleh semua orang jika ke sungai Mekong iaitu menaiki sampan.

Dalam aktiviti ini, mak kami tak ikut sebab agak merbahaya dengan keadaan lututnya yang tidak kuat.  Muhammad menemani mak kami.

Ya, seperti yang diuar-uarkan, memang cuak naik perahu kecil tu. Takut tergolek dalam sungai..hehehehe. Akhirnya kami berempat berjaya menaiki sampan tersebut dan mereka mengelilingi sekitar kawasan tersebut dan pulang ke tempat kami.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Selepas itu kami berjalan kaki lagi untuk menaiki kereta kuda. Ianya adalah aktiviti terakhir mengelilingi pulau ini.

Aku tidak teruja sangat sebab aku dah naik kuda masa  bercuti di Pulau Gili Trawangan di Indonesia dahulu. Tapi mak dan adik beradik serta wife memang teruja..hahahaha.

HARI KEDUA DI VIETNAM
Setelah itu kami meneruskan perjalanan lagi dan menuju ke bot kami yang menunggu dibahagian lain pulau tersebut untuk mengambil kami.

Kami dapat ler minum air kelapa ihsan dari pemandu bot..hahaha

Selesailah hari kedua kami. Selain itu kami juga ada singgah kedai souvenior dan makan tengah hari. Petang baru sampai ke hotel. Memang penat giler ler....tapi very fun.

Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam











Catat Ulasan