Hotel kedua kami menginap sepanjang 5 hari 4 malam di Vietnam. Kami meninggalkan hotel pertama iaitu Saigonese Boatique Hotel kami kerana ia tidak sesuai dengan jiwa dan lokasi.
Pada hari ketiga aku menggunakan booking.com dan tempah bilik di Alagon Western Hotel. Kos tambahan sebanyak RM700 terbang melayang tapi aku tak kisah sebab memikirkan tentang mak aku kena naik tangga dan turun tangga. Boleh baca artikel Hotel Saigonese Bautique Mengecewakan.
ALAGON WESTERN HOTEL adalah yang baik dan berkualiti. Aku rasa 3 bintang tapi layanan mereka adalah tahap 4 bintang. Terbaik.
Kami menginap selama 2 malam di sini. Semasa daftar masuk layanan yang diberikan baik. Dan mereka dengan tenang menjawab soalan kami.
Malah semasa aku booking melalui booking.com aku ada minta extra bed. Mereka menelepon aku untuk confirmation. Pantas betul tindakan mereka.
Apa yang dapat aku katakan mengenai hotel ini ialah kemudahannya lengkap dan disediakan minuman.
Lokasi ALAGON WESTERN HOTEL yang strategik dekat dengan Kampung Melayu iaitu hanya turun tangga hotel dah sampai. Makanan halal yang berlambak. Dan Pasar Ben Thant dengan hanya 50 langkah adalah satu pelaburan yang baik untuk aku.
Aku tak mahu puji lebih- lebih sebab dalam kepala aku masih membandingkan hotel Saigonese Boutique yang memang jauh dari khabar dengan ALAGON WESTERN HOTEL.
Aku galakkan anda menginap di hotel ini. Bukan kerana aku tengah marah tetapi layanan mereka..
Lupa plak, ALAGON WESTERN HOTEL ini juga memberi breakfast percuma dengan makanan halal. So dapat cut cost makan diluar. Sebab makanan Vietnam memang cukup mahal.
Jom shopping!!!!!
Baca : Kisah Penuh Melancong Ke Ho Chi Minh Vietnam 5 Hari 4 Malam