Tanjung Aan Lombok

Tanjung Aan Lombok

Tanjung Aan Lombok

Pada hari terakhir kami di Lombok. Kami meninggalkan Gili Trawangan pada pukul 10am dan meronda sekitar Lombok. Flight kami balik pukul 7.15pm.

Salah satu tempat yang kami pergi ialah Tanjung Aan. Aku malas nak pergi sebab tak habis-habis dengan gambar pemandangan pantai. Muak juga asik ambil gambar yang sama sahaja.

Tapi sebenarnya ia mempunyai kelainan yang tersendiri. Di kawasan ini  ialah kawasan mencabar teknik menipu fotografi.

Nasib baik pemandu pelancong kami rajin ambilkan gambar teknik bergambar disana.

Kelebihan di Tanjung Aan ialah ia mempunyai bukit kecil yang sesuai untuk ambil gambar. Seperti biasa pemandangan di Lombok memang cantik ler.

Apa itu fotografi menipu. Maksudnya teknik gambar yang boleh menipu mata kita. Sebagai contoh kita boleh memegang kapal dengan tangan. Cucuk bukit dengan jari kita.

Kalau anda tak faham bagaimana nak ambil gambar. Ada ramai orang lokal yang tawarkan perkhidmatan untuk ambil gambar. Bayar sahaja..ahaks.

Lagi satu ramai penjual kanak-kanak jual rantai. Diingat jangan sesekali beli barang dari penjaja jalanan sebab sorang kau beli semua akan serbu kau.

Salah satu kawasan yang wajib kita pergi. Aku ada ambik beberapa gambar yang cantik tanpa perlu buat teknik magis fotografi.

Tanjung Aan Lombok

Tanjung Aan Lombok

Tanjung Aan Lombok