Maklumat Melancong ke Lombok 6H5M

Maklumat Melancong ke Lombok

 Lombok
Selesai sudah pengembaraan pelancongan ke Lombok saya dan isteri selama 6 hari 5 malam.
Pengembaraan yang menarik dan memuaskan hati untuk kami.

Sepanjang pelancongan kami ke Lombok selama 6 hari 5 malam kami telah:

1. Trekking ke Gunung Rinjani melihat air terjun.
2. Melihat Pantai- Pantai indah sekitar Lombok seperti Pantai Mawun dan Kuta Lombok dll.
3. Melihat matahari terbenam di Senggigi.
4. Makan makanan tradisional Lombok.
5. Berkunjung ke Muzium Negeri Lombok.
6. Melihat hasil tenunan Sasak serta mencuba pakaian budaya Sasak.
7. Membeli belah tembikar Lombok.
8. Membeli belah ole-ole Lombok.
9. Snorkling di Gili.
10. Menaiki bot ke 3 Gili iaitu Gili Trangwanan, Menu dan Air.

 Lombok

Untuk pengetahuan jika melancong ke Lombok anda harus memakai pakaian kasual sahaja dan sandal.

Disebabkan kebanyakkan aktiviti adalah melawat pantai dan air terjun. Untuk lelaki pakai seluar pendek yang tutup aurat.

Dan aktiviti paling penat ialah trekking ke Gunung Rinjani untuk melihat 2 air terjun. Pergi dan balik ambil masa 1.5 jam dengan menaiki tangga dan denai serta sungai.

Selain itu anda boleh bersantai dengan menyewa motor dengan harga RP60,000 sehari. Jgn takut, polis tak tangkap....hahaha.

Walau bagaimana pun, untuk saya wajib anda mempunyai pemandu pelancong. Saya menggunakan pemandu pelancong dari Lombok Eco Tour dan nama pemandu kami ialahWayan Nate.

Anda akan membuang masa jika bergerak sendirian kerana perjalanan dari satu tempat ke tempat lain agak jauh dan berbelit. Sebagai contoh dari Senggigi ke Gunung Rinjani.

Lebih baik mengguna pemandu pelancongan dan setelah pulang berjalan jika anda hendak rayau-rayau sewa motor. Motor boleh disewa ikut jam juga.

Pelbagai hotel terdapat di Lombok. Kami tinggal di hotel Puri Senggigi sepanjang masa berada di disana. Hotel 3 bintang, boleh ler untuk tidur.
Hotel pilihan kami pakai booking.com.

Untuk mencari hotel, lebih baik cari hotel di Senggigi di pusat pelancongan Lombok. Jangan pula kau cari hotel di Gili, itu kat pulau.

Terdapat 2 kali penerbangan ke Lombok dari KLIA 2. Pagi dan petang. Kami bergerak pagi pada pukul 8.45am dan tiba disana 11.45am. Anggaran dari Kuala Lumpur ke Lombok memakan masa 3 jam.

 Lombok

Saya ada menulis artikel lengkap tentang perjalanan kami di Lombok. Anda boleh klik link atau cari label bawah "lombok".

6 hari 5 malam memang cukup lama sebenarnya. Biasanya 3 hari 2 malam pun memandai...
Cuma anda kena bijak plan..
1 hari di gunung rinjani...1 hari di Gili dan esoknya pergi ke kawasan tenunan/ tembikar dan pantai.
Balik flight petang pukul 3.45pm.


 Lombok

Tambahan:
Selain itu kali kedua aku ke Lombok kami pergi ker:
1) Tanjung Aan
2) Kampung Sasak