Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat Lombok - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Khamis, 24 Mei 2018

Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat Lombok



Perjalanan hari pertama kami di Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat. Perjalanan santai pertama sebelum pergi ke hotel.

Di Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat kami mendapat penjelasan yang jelas dari kurator muzoum tersebut.

Penjelasan yang cukup jelas bagaimana di Lombok ini terdapat 3 budaya yang memainkan peranan dalam Lombok. Yang aku ingat budaya Sasak...yang lain-lain aku lupa..maaf Pak kurang memori saya ni..

Selain itu pertembungan beberapa bangsa luar juga membentuk sosio budaya Lombok yang terdiri dari Belanda, Cina dan Hindu.

Walaupun Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat tidak begitu besar namun ia padat dengan maklumat sejarah Lombok.

Adalah perkara wajib kita pergi ke Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat jika melancong ke Lombok. Sekurang-kurangnya kita jelas keunikan budaya di Lombok ini.

Terima kasih kami ucapkan pada kurator Muzium Negeri Nusa Tenggara Barat yang telah memberi penjelasan yang cukup jelas pada kami.

Hari pertama kami disini kami bertuah dapat mengenali kekayaan budaya Lombok yang padat dengan adat resam.