Berjalan ke 3 Gili di Lombok

Berjalan ke 3 Gili di Lombok


Hari ini di Lombok kami bermain air laut pula. Bergerak ke Gili pula. Iaitu pulau yang dinamakan Gili Trangwana, Gili Meno dan Gili Air.

Perjalanan bermula pada pukul 9.00am dan bergerak ke jeti di Pantai Senggigi.

Dekat sahaja dari hotel kami iaitu mengambil masa 10 minit perjalanan. Sampai di jeti Senggigi kami menaiki bot yang memakan masa hampir 2 jam ke tempat persinggahan pertama iaitu Gili Trangwana. 

Antara semua Gili, Gili Trangwana adalah Gili yang membangun. Memang cukup ramai pelancong disana kebanyakkan Mat Saleh.

Untuk pengetahuan anda di Gili Trangwana mempunyai buaian di pantai. Menurut pemandu pelancong kami ia mengambil masa 25 minit ke sana dengan berbasikal atau menaiki kuda.

Tapi aku dan wife tak pergi sebab masa di peruntukan kepada kami hanya 1 jam.

Memang cukup cantik pantai di Gili Trangwana ini. Jika anda minat surfing, boleh ajer ke sana...hehehe.

Tapi aku tak begitu selesa di sana kerana terlalu ramai Mat Saleh dan aku boleh katakan Gili Trangwana adalah tempat bersuka ria. Not my taste..ahaks.

Selepas itu kami ke Gili Meno, iaitu aktiviti snorkling kami pula. Wife aku tak follow sebab ngak reti berenang. Dan aku pun sama juga, so mahu tak mahu aku terpaksa pakai baju safety dan dipimpin oleh pemandu pelancong kami sepanjang snorkling disana...ahaks.

Memang indah betul pemandangan di dalam lautan yang penuh batu karang. Pelbagai jenis ikan ada disana. Berwarna- warni, rasa macam nak pegang ajer ikan-ikan tu. Tapi malangnya tangan tak kesampaian...

Selepas itu kami snorkling lagi ke Gili Air, indah juga kawasannya. Cuma menurut pemandu pelancong kami, sepatutnya di Gili Air batu karangnya berwarna-warni tapi hari ini tiada. Kasihan buat aku..huhuhuhu.

Kemudian kami singgah ke Gili Air, pantai ini lebih senyap dan aman. Bukan seperti di Gili Trangwana yang penuh dengan kesibukannya.

Kami lepak-lepak dan makan di sana. Dan kemudian kami menuju pulang ke jeti Senggigi. Sampai di sana pun dalam pukul 4.30pm. Lama juga kami berjalan di 3 Gili ini.

Tapi aku tak nafikan, ketiga-tiga Gili ini mempunyai pantai yang cukup indah. Terbaik dari Lombok.