Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Jumaat, 25 Mei 2018

Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok



Hari ini kami berjalan pula ke Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok yang terletak di bawah kaki Gunung Rinjani.

Perjalanan dari hotel kami ke Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok memakan masa 2 1/2 jam. Memang lama..macam pergi ke KL.

Tapi sepanjang perjalanan tersebut kami dapat melihat suasana indah perkampungan dan sawah-sawah padi yang terluas bentang.

Sempat juga mengambil gambar pondok-pondok yang dibina di sawah padi yang menggunkan daun nipah. Unik sekali.

Tiba di Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok. Kami dibawa oleh pemandu trekking bernama Danuk ke Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok.

Tempat pertama ialah Air Terjun Sendang Gila yang memakan masa selama 20 minit. Menarik melihat jatuhan air terjun seolah- olah dari rimbunan daun.


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tiu Kelep yang memakan masa 25 minit lagi. Lagi cantik dari Air Terjun Sendang Gila kerana lagi banyak air yang mencurah turun serta terdapat kolam air yang besar untuk kita mandi. 

Tapi aku dan wife tidak mandi. Hanya mengambil gambar sahaja tapi kuyup juga sebab percikan air yang deras membasahi baju kami.


Tapi saya nak ingatkan, perjalanan trekking ke Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok ni agak penat sebab harus melalui sungai serta tangga yang tinggi.

Terima kasih pada pelancongan Lombok membuat kemudahan yang baik untuk pelancong mahu ke Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok. Kalau tiada tangga mahu habis ligamen lutut kau.

Walau pun ada tangga tapi tinggi-tinggi. Sesak nafas aku nak mendaki tangga tersebut. Serius. Nampak sangat aku dah lama tak exercise...huhuhu.


Masa nak balik kami tipu sikit iaitu melalui terowong air empangan yang dibina oleh pihak berkuasa. Menarik juga meredah air dari paras lutut melalui terowong yang gelap gelita.

Walau apa pun....Air Terjun Sendang Gila dan Tiu Kelep Lombok ini memang terbaik dan wajib pergi. Penat tak penat itu sebenarnya stamina kita jer. Perut makin membesar memang ler semput..ahaks.