Rancangan Bercuti Ke Bali Indonesia 2017 - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Sabtu, 14 April 2018

Rancangan Bercuti Ke Bali Indonesia 2017



Pada bulan hadapan aku dan isteri akan melancong ke Bali. Perancangan 5 bulan rasa sekejap sahaja. Lagi 2 minggu kami akan terbang ke Bali.

Percutian kami kali ini sama seperti di Lombok. Kami tak ikut pakej tapi uruskan sendiri. Dari hotel hingga ke pemandu pelancong. Lebih murah kalau uruskan sendiri.

Kali ini kami ajak adik ipar aku. So kami bertiga akan ke Bali. Total perbelanjaan 3 orang selama 5hari 4malam termasuk tiket kapal terbang, hotel, pemandu pelancong dan semua tiket masuk dan makan malam dalam anggaran RM4000.

Perancangan perjalanan di Bali kami suruh Pemandu Pelancong kami iaitu Yanto uruskan. Jika ada perubahan kat sana nanti. Setakat ini aku puas hati dengan intenari yang diberikan.

Pemandu pelancong ini pun aku peroleh dari rakan aku yang pernah ke sana. Setakat ini dialah paling murah. Dalam anggaran 4juta rupiah untuk perkhidmatannya. Ada yang lagi murah tapi ambil yang medium. Kalau murah sangat pun tak pasti perkhidmatannya kan.

3 hari full day pakej. Hari pertama dan hari terakhir tidak dikira ler. Hari pertama, kami akan lepak di hotel tapi aku rancang nak pergi shopping di mall di Bali. Boring gak kalau duduk kat hotel.

Di bawah ini adalah intenari yang diberikan oleh pemandu pelancong kami. Sesiapa yang pernah ke Bali, apa pendapat anda?

Dan akhir kata, doakan agar pergi balik kami dalam keadaan baik. Amin..

Contoh 3 hari fullday tournya kak,

1* start jam 8:30 pagi,
 1*ubud tour, (macam2 craf tangan dan kesenian)
 2*tegalalang (tengok padi bukit)
 3*tengok perkebunan kopi
 4*kintamani (tengok pemanadangan gunung dan tasik batur)
 5*tampak siring teample
 6*makan malam di ayam penyet halal,

2* start jam 8:30 pagi,
 1*nusa dua tour (macam2 permainan water sport)
 2*water blaw
 3*pandawa beach
 4*GWK (garuda wisnu kencana)
 5*dream land beach
 6*uluwatu (tengok sunset 
 7*jimbaran seafood diner, (makan tepi laut)

3* start jam 8:30 pagi,
 1*bedugul tour, (tasik bratan)
 2*tasik buyan dan tamblingan
 3*pasar candi kuning (tempat buah2an)
 4*tanah lot (tengok sunset)
 5*shoping di market khas bali, dengan harga murah,,
 6*makan malam ayam tulang lunak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan