Pantai Pandawa Bali

Pantai Pandawa Bali

Pantai Pandawa Bali
Perjalanan kami di hari kedua ke Pantai Pandawa, Salah satu kawasan popular di Bali untuk mandi dan surfing. Tapi aku lihat ramai yang mandi dari surfing. Tapi di Pantai Kuta aku lihat ramai yang surfing.

Kedatangan kami ke Pantai Pandawa ini agak kurang menyeronokkan kerana hujan. Itulah masalahnya kerana hujan membantutkan perjalanan kami.

Sebelum ke pantai kami bergambar di mercu tanda Pantai Pandawa yang besar. Memang cantik untuk ambil gambar. Dan sepanjang kau turun dari bukit untuk ke pantai, terdapat 5 patung besar yang sebagai tanda keturunan Pandawa. Aku malas nak ambil gambar sebab hujan.

Sampai san perkara pertama kami cari ialah tempat lepak dan kamipilih tempat  bersantai dengan harga 2 tempat tidur tu RP50K.

Kami lepak dam minum air kelapa dan hujan masih lagi turun. Aku dan wife pergi ronda dan di Pantai Pandawa ada satu buaian untuk ambil gambar. Apalagi kami berposing ler dan nasib baik ada pasangan lain ambilkan gambar kami .

Kami duduk disana selama 3 jam. Sepatutnya kami mandi tapi hujan malas nak mandi. Kami lepak di tempat santai tu, lepas tu hujan makin lebat. Kami beransur pergi dan makan di warung pekena mee dan nasi goreng.

Kalau dilihat Pnatai Pandawa sama seperti pantai di Indonesia, cantik dengan ombak yang mengadap Lautan Hindi. Aku pun nak menulis tak tahu sebab hujan..

Pantai Pandawa Bali

Pantai Pandawa Bali

Pantai Pandawa Bali

Pantai Pandawa Bali



Sila baca : Intineri Penuh Percutian Di Bali 5 hari 4 Malam

Catat Ulasan