LEPAK KEJAP MENANTI BOARDING |
Waktu penerbangan kami pada pukul 10.20am dan perjalanan kami ke KLIA2 menggunakan van yang kami booking.
Malas nak bawa kereta kerana harga parking pun sikit lebih kurang dan penat nak driving. Malas..hahaha.
Kos van driver dari Melaka ke KLIA ialah RM350. Pergi dan ambil kami di KLIA2.
Van driver kami tiba pada pukul 6.00am dan kami terus menuju ke KLIA2. Tiba di sana dalam pukul 8.00am.
Perkara pertama kami lakukan ialah mencari kawasan zone penerbangan kami. Dahulu pernah sesat sebab ingatkan di zone P rupanya di zone L.
Baik cari dulu, sebab kalau salah tempat. Kelam kabut kau dibuatnya dan berpotensi kena tinggal ngan kapal terbang.
Kami check in dahulu pakai autogate pass, check bag kami yang genap-genap 7 kilo. Tak lebih tak kurang.
Kami tanya tempat bertanya dan ia beritahu kami tempat penerbangan di zone P12. Okey...ini pertama kali aku pergi ke zone P.
Misi utama kami ialah mencari zone P12. Untuk pengetahuan anda ianya memang cukup jauh. Penghujung dunia. Kalau orang tua yang kakii sakit memang lenguh ler.
Setelah kami jumpa P12, kami makan dulu. Isikan perut. Misi utama mencari zone penerbangan telah berjaya.
Kapal terbang Air Asia pilihan kami bertiga. Disebabkan adik ipar aku ini baru naik flight, aku kasi tepi tingkap. Delay dalam 30 minit, pukul 11.00am baru bergerak dan kami tiba di lapangan terbang Depansar dalam pukul 2.00pm.
Seperti biasa pemeriksaan agak panjang, Bali kan lokasi pelancongan terkenal dunia. Boring betul beratur ini...
Setelah selesai pemeriksaan imigresen Indonesia, kami berjumpa dengan pemandu pelancong kami iaitu Alif. Salah seorang anak buah Yanto.
Perkara pertama apabila sampai di sana ialah makan. Kami makan di Wong Solo dan kami makan Ayam Bakar Kampung. Meveles.
Lepas makan kami pergi hotel yang aku booking iaitu H Sovereign Bali. Keadaan bilik memang ngam dan ada tambahan katil extra untuk aku ler.
Sekarang kat bilik lepak- lepak. Pukul 5pm tadi pergi ronda- ronda jalan kaki ke kedai ole-ole Krishna Ole-ole.
Macam- macam ada dan kami hanya beli selipar. Jalan dulu dengan pemandu pelancong kami. Mana ole-ole yang tak jumpa baru pergi ke sana.
INTENERI PENUH PERCUTIAN BALI 5 HARI 4 MALAM