PANTAI BAGAN LALANG - Travel Blog

Sebuah blog peribadi pelancongan

Isnin, 7 September 2020

PANTAI BAGAN LALANG

Tempoh hari admin tersesat ke Pantai Bagan Lalang Selangor disebabkan tersalah booking hotel yang sepatutnya di Port Dickson tapi terpilih Selangor pulak.

Maka admin pun pergi ke Pantai Bagan Lalang dan apa yang admin boleh katakan ianya biasa-biasa sahaja.

Untuk ke Pantai Bagan Lalang kena masuk dalam kawasan kampung yang agak dalam tapi jalan eayanya memang baik. Tak lubang-lubang macam Melaka. Untuk orang Melaka kalau ke sana, taksub juga lihat jalan kampung bertar dan baik.

Sampai ke sana, kami ke pantai Bagan Lalang dahulu nak tengok macam mana keadaan pantai Bagan Lalang.

Pertama ialah air surut yang cukup surut nun ke hujung. Mungkin ini kelebihan pantai Bagan Lalang pantai surutnya yang membolehkan kita berjalan hingga ke hujung lautan.

Ada banyak gerai jualan ditepi-tepi jalan sepanjang Pantai Bagan Lalang ni. Kalau nak makan tak perlu risau sebab banyak gerai dan kedai makan di sana.

Apa kelebihan Pantai Bagan Lalang ni untuk admin ialah tiada momentum umpphhh yang boleh admin nak review.

Kawasan pantai macam biasa dan kalau nak kira lagi hebat Pantai Kundur Melaka yang penuh dengan pokok ru atau ke Pantai Klebang Melaka yang cantik dan penuh gerai makan dan ole-ole yang tersusun.

Kedua-dua pantai di Melaka ini ada aktiviti kuda tapi kat Pantai Bagan Lalang paling hebat ialah layang-layang....hehehehe.

Ramai juga yang berkhemah di Pantai Bagan Lalang ni. Admin lihat penuh satu pantai.

Untuk admin, jiwa admin tak kagum dengan Pantai Bagan Lalang ni. Pantai tahap biasa tapi ada hotel, homestay dan 5 bintang hotel menandakan Pantai Bagan Lalang ni sepatutnya hebatkan. Admin tak nampak hebatnya.

Sekadar nak lepak boleh ler. Mungkin kat Melaka pantai kami lagi happening dan admin juga pernah ke pulau-pulau luar negara maka standard admin mungkin agak tinggi kalau nak buat perbandingan. Agaknya kot..hahahahaha.

Tapi yang pasti, ini adalah pertama dan terakhir admin ke Pantai Bagan Lalang..boring..













2 ulasan:

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Hanif
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST
    Blog saya ialah berkisar tips memasukkan bisnis online dan link kedai Shopee ke website

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Hanif
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST
    Blog saya ialah berkisar tips memasukkan bisnis online dan link kedai Shopee ke website

    BalasPadam